05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM JALINAN KASIH BERSAMA ANAK YATIM 2/2014

 

PROGRAM JALINAN KASIH  BERSAMA ANAK YATIM 

SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR SIRI 2/2014

ay8

 

17 September 2014 hingga 19 September 2014 -

Bahagian Pengurusan  Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah  menganjurkan Program Jalinan Kasih Bersama Anak Yatim Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertempat di Impian Rimba Resort, Batu 22 Jalan Pangsun, Hulu Langat, Selangor.

Objektif program ini diadakan adalah bagi memberi motivasi dan kesedaran selain kefahaman tentang Islam untuk membantu anak-anak yatim yang sedang meningkat dewasa ini supaya tidak terjebak ke kancah gejala sosial yang semakin membimbangkan. Program ini juga bertujuan untuk melahirkan rasa kasih sayang sesama saudara Islam agar golongan anak anak yatim ini tidak merasa terpinggir daripada kelompok masyarakat.

Seramai 60 peserta di kalangan anak-anak yatim dari Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa dan anak-anak asnaf dari Yayasan Chow Kit Kuala Lumpur telah turut serta dalam program selama 3 hari 2 malam ini. Pengendali program ini adalah seramai 5 orang terdiri daripada pelatih dan fasilitator daripada CSQ Training Center. Urusetia yang terlibat adalah seramai  6 orang kakitangan daripada Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. 

 

ay1  ay2 
 ay3  ay4
 ay5  ay6
 ay7  ay9


Foto & Teks oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

 


Cetak   Emel