05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Memperkasakan Wanita Agenda Utama

 

Memperkasakan Wanita Agenda Utama

ww7

23 September 2014M/ 28 Zulkaedah 1435H

Bahagian Pengurusan Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama Sekretariat Muslimat, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) telah menganjurkan WACANA SEMASA ILMUWAN WANITA ISLAM 2014 bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Program yang bertemakan  “Globalisasi & Hak Wanita” telah dihadiri lebih 500 perserta dari pelbagai agensi; kerajaan, swasta, IPT, NGO dan masyarakat awam. Ia bertujuan memberi pendedahan tentang tokoh-tokoh ilmuwan wanita Islam, membincangkan isu-isu semasa Islam berkaitan wanita Islam dalam pelbagai bidang serta menonjolkan kepakaran ilmuwan wanita Islam di Malaysia.

Majlis Perasmian program ini telah dimulakan bacaan doa oleh Y.Bhg Ustaz Zakariah B Isa, Imam Besar Masjid Wilayah diikuti Ucapan Aluan oleh Dato’ Sheikh Hj Abdul Halim b Abdul Kadir, Yang Dipertua, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM). Seterusnya upacara perasmian disempurnakan oleh Y.Bhg Tuan Che Hussein B Isa, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Turut hadir Y.Bhg Dato’ Wan Mohammad  Syeikh Abdul Aziz selaku Naib Yang Dipertua PUM dan Y.Bhg Tuan Hj Yusof B Mamat, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Majlis perasmian ini juga diserikan dengan pelancaran dua buah buku terbitan Persatuan Ulama' Malaysia bersempena Wacana Semasa Ilmuwan Wanita Islam 2014.

Membukai tirai program adalah Ucaptama: Hak dan Tanggungjawab Wanita Dalam Islam oleh Prof. Madya Dr. Mek Wok Bt Mahmud, Pengerusi Sekretariat Muslimat PUM. Slot 1 dimulakan dengan pembentangan kertas kerja berkenaan “Hak-hak Wanita: Antara Tuntutan dan Realiti” oleh Dr. Amilah Bt Awang Abd. Rahman @ Jusoh dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Program diteruskan dengan kupasan bertenaga oleh Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Bt Siraj @ Ramli, Naib Ketua Wanita IKRAM berkenaan tajuk “Memperkasa dan Memartabatkan Wanita Islam Sebagai Role Model”. Slot 3 berikutnya “Wanita dan Dakwah di Era Globalisasi” disampaikan penuh interaktif oleh pendakwah yang tidak asing lagi, Y.Bhg Ustazah Isfadiah Bt Mohd Dasuki. Sebelum program berakhir, forum bertajuk “Hak Wanita Sebagai Ibu dan Isteri Dalam Lapangan Kerja” berjaya mencuit emosi penonton yang hadir. Moderator, Ustazah Asmak Bt Husin bersama Panelis, Ustaz Mohd Zaidi B Ramli, Ketua Penolongan Pengarah JAWI & Prof. Madya Dr. Che Noraini Bt Hashim dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Secara keseluruhan program ini mendapat respon  yang amat positif dari kebanyakan peserta yang hadir. Bersama barisan ilmuwan, pembentangan yang ilmiah secara teori dan praktikal sepanjang program ini berlangsung diharapkan dapat menyuburkan daya saing wanita dalam mendepani arus globalisasi dunia yang kian mencabar. 

 ww11 ww1 
 ww2  ww3
 ww4  ww5
 ww6  ww7
 ww8  ww9


Foto & teks oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI


Cetak   Emel