05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

 

KURSUS PEMANTAPAN IBADAH SAUDARA MUSLIM 2014(ASAS FALAK)-JAWI PUTRAJAYA

AlFalak 8

 

20 – 21 SEPTEMBER 2014  (SABTU - AHAD) – Kursus Pemantapan Ibadah Saudara Muslim (Asas Falak) telah diadakan di Bilik Mesyuarat, JAWI Cawangan Putrajaya. Program ini dianjurkan oleh Unit Pengurusan Dakwah JAWI Cawangan Putrajaya dengan melibatkan seramai 20 orang peserta dari kalangan saudara muslim yang bekerja atau menetap di sekitar Putrajaya.

Objektif utama kursus ialah untuk memberi pendedahan awal kepada saudara muslim mempelajari ilmu falak di mana ilmu ini penting bagi menentukan arah kiblat, waktu solat dan taqwim dalam menjalani ibadah seharian.

Pengisian program adalah berdasarkan sesi ceramah mengenai Pengenalan Ilmu Falak, Penentuan Arah Kiblat dan Waktu Solat, Pengenalan Taqwim serta Penentuan Awal Ramadhan, Syawal & Zulhijjah di Malaysia. Bagi slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) pula, peserta kursus diberi pendedahan awal peralatan yang lazim digunakan dalam mengukur arah kiblat dan cara pengendaliannya. 

 AlFalak 7          AlFalak 6

 Alfalak 5          AlFalak 4          

AlFalak 2          AlFalak 1

Disediakan Oleh:

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Cawangan Putrajaya. 

 

 

 

 


Cetak   Emel