05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PEMANTAPAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI "MENCARI KETABAHAN"

mencari ketabahan 1

17 September 2014 (Rabu) - Unit Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jawi Cawangan Putrajaya telah menganjurkan Kursus Pemantapan Hubungan Suami Isteri yang bertemakan “Mencari Ketabahan” di Dewan Sheikh Daud al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan dirasmikan oleh YBhg. Ustaz Wan Jaapar bin Wan Ahmad (Ketua Penolong Pengarah Kanan, JAWI Cawangan Putrajaya).

Program ini telah dihadiri oleh 250 orang penjawat awam dari pelbagai Kementerian, Jabatan dan agensi-agensi kerajaan di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya. Penceramah jemputan pula terdiri daripada:

     1. YBhg. Ustazah Zawiah Binti Hassan

          Penceramah Bebas

          Tajuk : "Takdir Yang Diredhai"

     2. YBhg. Ustaz Nik Mohd Sukiman Bin Nik Mohd Yusuf

          Pegawai Hal Ehwal Islam di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

           Tajuk : "Muhasabah Diri, Hiasi Peribadi"

     3. YBhg. Ustaz Muhd Redza Bin Ahmad

          Iman Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

          Tajuk : "Mencari Penawar Rohani"  

Objektif Program:

  1. Memberi kesedaran kepada suami dan isteri berkaitan peranan dan tanggungjawab masing-masing sekiranya musibah berlaku kepada suami ataupun isteri;
  2. Menjelaskan kepentingan peranan menyokong dan memberi  semangat antara kedua-duanya dalam menghadapi kesukaran dan cabaran dalam rumahtangga;
  3. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan berumahtangga selari dengan tuntutan syariat.

 mencari ketabahan 2          mencari ketabahan 3

 mencari ketabahan 7          mencari ketabahan 6                     

 

mencari ketabahan 10          mencari ketabahan 9

 

Disediakan Oleh:

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Cawangan Putrajaya. 

 

 

 


Cetak   Emel