05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM BICARA MUFTI DAN JEJAK MUAZ BIN JABAL BERSAMA PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (PPZ) MAIWP TAHUN 2014 

lanjut0001

18 September 2014 (Rabu) – Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)  telah mengadakan Program Bicara Mufti dan Jejak Muaz Bin Jabal Bersama Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP Tahun 2014 bertempat di Dewan Syarahan Masjid Negara. Penganjuran program ini adalah dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat(PPZ) MAIWP.

 

Program ini telah mensasarkan Pegawai-Pegawai Masjid, Kakitangan JAWI dan Guru-Guru Takmir dengan tujuan untuk memberi pendedahan mengenai isu-isu semasa khususnya berkaitan dengan akidah umat Islam dan juga kaedah pengiraan Zakat Harta.

 

Di antara pengisian program ialah Bicara Bersama Mufti Wilayah Persekutuan, Taklimat Pengiraan Zakat Harta oleh wakil PPZ MAIWP, Ujian Kompetensi,Taklimat oleh Pengurus Baitulmal MAIWP dan sesi penutupan program.

 

Para peserta telah didedahkan dengan kaedah pengiraan Zakat Harta serta melalui ujian penilaian kaedah pengiraannya bagi tujuan memantapkan lagi kefahaman.

 


alt alt
alt alt
 
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel