05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL PENGURUSAN BUKU TEKS JAWI 2014

Bengkel Pengurusan Buku Teks JAWI 2014

teks3 

11 Sept 2014 (Selasa) - Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Buku Teks JAWI bagi tahun 2014 bertempat di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Seramai 69 orang terdiri daripada Guru Penolong Kanan dan Guru Hal Ehwal Murid dari setiap SRA menyertai bengkel tersebut.

Bengkel sehari itu membincangkan mengenai pengurusan buku teks bagi sesi persekolahan pada tahun 2015 akan datang. Terdapat sebanyak 9 buah buku teks iaitu bagi mata pelajaran Sirah, Akhlak, Tauhid, Tajwid, Al-Quran, Feqah, Khat, Jawi dan Bahasa Arab.

Pengurusan buku teks banyak melibatkan komitmen dan kerjasama semua SRA. Oleh yang demikian, bagi tahun 2015 setiap SRA dicadangkan untuk menubuhkan Kedai Buku Sekolah (KBS). Ia bertujuan mengurus jualan buku teks dan buku latihan kepada murid-murid di peringkat sekolah. Cara ini memudahkan ibubapa murid membuat pembelian buku-buku terus melalui KBS tersebut.


teks1 teks2
teks4 teks5
   


Foto dan teks oleh:
Unit Kurikulum Bahagian Pelajaran JAWI


Cetak   Emel