05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Perkhemahan Remaja Islam Siri 1/2014

Khemah IMG 1750
 

13 September 2014 (Sabtu) – Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Persatuan Ulama’ Malaysia (Cawangan Wilayah Persekutuan) dan Bridged Bakti Malaysia (Cawangan Selangor) telah mengadakan Program Perkhemahan Remaja Islam sesi 1/2014 bertempat di Tasik Rekreasi MARDI, Serdang Selangor.

Program yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini berakhir pada 15 September 2014, Isnin. Seramai 51 orang peserta telah mengambil bahagian pada program tersebut yang terdiri daripada remaja yang berumur di antara 9-17 tahun.

Antara Objektif program tersebut ialah membimbing remaja untuk memahami Islam sebagai cara hidup dan panduan peserta sebagai remaja muslim dalam menghadapi mehnah dan tribulasi hidup melalui pendekatan dakwah bil-hikmah di samping membimbing remaja asas-asas Islam dan iman berdasarkan modul-modul yang ditetapkan.

Selain itu, program ini turut melahirkan remaja Islam yang cintakan ilmu dan mempunyai jatidiri yang utuh dalam menghadapi situasi semasa serta dapat memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan peserta bagi membentuk gaya hidup sihat.

Pengisian program termasuk Penghayatan Iman, Islam & Ihsan, Pengukuhan Aqidah, Ibadah & Akhlak, Pemantapan Syaksiah & Ukhuwwah, Kesedaran Ummah dan Konsep bekerjasama dan Amanah dalam kehidupan.

Bentuk-bentuk program yang telah dijalankan ialah In-Door, Ceramah/Kuliah, Bengkel/Kerja dalam kumpulan, Out Door, Jungle tracking, Interaksi Alam (Ikhtibar Hidup), Mengenal Diri, Group Binding, Tayangan Slaid, Air Mata Gaza dan Ikhtibar Kehidupan.

Majlis Perasmian Penutup program tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Yusof Bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Khemah IMG 1332 Khemah IMG 1482
Khemah IMG 1583 Khemah IMG 1551
Khemah IMG 1595 Khemah IMG 1714

Foto dan teks oleh: Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan


Cetak   Emel