05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Ziarah Dakwah Tautan Kasih

Tautan IMG 1138

9 September 2014M / 14 Zulkaedah 1435H (Selasa) – Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan program Ziarah Dakwah Tautan Kasih dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat bertempat di Rumah Ehsan, Jalan Sinaran, Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan.

Rumah Kebajikan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat ini menempatkan penghuni warga emas lelaki dan perempuan yang tidak berupaya dan kurang bertenaga serta tidak berwaris. Seramai 17 orang kakitangan JAWI yang diketuai oleh Ustaz Mohd Zaidi Bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pentadbiran dan Kebajikan Islam telah menyertai program ziarah pada kali ini.

Program ini dapat mengeratkan silaturrahim di samping menghulurkan sumbangan berbentuk peralatan dan keperluan peribadi kepada penghuni rumah tersebut. Melalui program ziarah ini juga, para peserta mendapat pendedahan tentang aspek-aspek pengurusan sesebuah rumah kebajikan warga emas dan dapat meningkatkan kualiti diri dalam melaksanakan dakwah di lapangan.

Tautan IMG 1132 Tautan IMG 1129
Tautan IMG 1159 Tautan IMG 1170
Tautan IMG 1173 Tautan IMG 1180

Foto oleh: Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria

Teks oleh: Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan


Cetak   Emel