05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kelas Pengajian Fardhu Ain OKU Cacat Pendengaran Siri 12/2014

07 September 2014 | 12 Zulkaedah 1435h (Ahad)

Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) telah menganjurkan KELAS PENGAJIAN FARDHU AIN OKU CACAT PENDENGARAN SIRI 12/2014 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana Kuala Lumpur. 

Kelas Pengajian ini merupakan aktiviti khas yang diadakan khusus kepada OKU Cacat Pendengaran  untuk mendalami ilmu-ilmu fardhu ain.  Kelas ini diadakan pada minggu ke-2 dan ke-4 setiap bulan dan dihadiri antara 20-30 orang setiap siri.  Kelas pengajian pada minggu ini telah dikendalikan oleh USTAZ MOHD AZHAR ISMAIL, Presiden PRISMA yang bertajuk “BERSEDERHANA DALAM KEHIDUPAN”. Antara intipati perbincangan adalah Islam telah memberi garis panduan kepada umatnya dalam hal berbelanja. Kita disarankan agar bersederhana dan tidak boros berbelanja. Sifat yang sedemikian akan dapat membantu kita menjadi hamba Allah yang dekat padaNya, seterusnya diberkati. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: "Tidak akan masuk ke dalam syurga seseorang yang mempunyai sifat takabbur seberat biji sawi di dalam hatinya". (Hadis riwayat Ibn Mas'ud r.a)

Foto & Teks disediakan oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

oku1oku2oku3oku4


Cetak   Emel