05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Pengebumian Dua Jenazah Nahas Pesawat MH17 Di Tanah Perkuburan Islam JAWI

MH17 IMG 9905

22 Ogos 2014 (Jumaat) – Sempena Hari Perkabungan MH17 seluruh Malaysia, Majlis Pengebumian Jenazah Nahas Pesawat MH17 telah dilakukan bertempat di Tanah Perkuburan Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Dua jenazah nahas pesawat MH17 iaitu Hamfazlin Sham Binti Mohamed Ariffin telah disembahyangkan di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Raudhatul Sakinah KL-Karak, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.

Manakala jenazah Dora Shahila Binti Kassim telah disembahyangkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Raudhatul Sakinah Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Kedua-dua jenazah merupakan krew penerbangan pesawat Malaysia Airlines (MAS). Semua masjid dan surau Jumaat di seluruh Wilayah Persekutuan turut mengadakan solat jenazah ghaib dan majlis tahlil selepas solat Jumaat pada hari tersebut.

MH17 IMG 9721 MH17 IMG 9751
MH17 IMG 9863 MH17 IMG 9881
MH17 IMG 9927 MH17 IMG 9930

Foto dan teks oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria

 


Cetak   Emel