05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Ramadan Dekat Di Hati bersama OKU Cacat Penglihatan 2014

 

B1

15 RAMADHAN 1435H | 13 JULAI 2014M (AHAD)

Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama PERTUBUHAN AMAL PEMBANGUNAN USAHAWAN OKU PENGLIHATAN MALAYSIA (PERKUM) telah menganjurkan PROGRAM IHYA' RAMADAN BERSAMA OKU CACAT PENGLIHATAN ‘14 bertempat di Kompleks MAB (Malaysia Association for Blind) Brickfields, Kuala Lumpur. 

Program telah dimulakan dengan Kuiz "Ramadan Dekat Di Hati". Seterusnya ceramah agama bertajuk “MATI ADALAH PASTI, HIDUP INSYA’ ALLAH” telah disampaikan oleh USTAZ WAN MOHAMAD NASIR BIN WAN HJ. ABDUL WAHAB AL-AZHAR AL-MADANI. Beliau juga telah membimbing Solat Sunat Terawih berjemaah dan Tazkirah Khas Ramadan. Seterusnya diteruskan dengan Majlis Tahlil yang dipimpin oleh USTAZ MOHD NASIR BIN MOHAMED YUSOFF dari Bahagian Pelajaran JAWI. Selepas Solat Maghrib, program telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia DATO’ RAHIM BIN BABA, YANG DIPERTUA KOPERASI UKHWAH MALAYSIA BERHAD MERANGKAP PENASIHAT PERKUM MALAYSIA

B1B2B4B3

 

Foto dan teks oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI

 


Cetak   Emel