05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Sempena Nuzul Al-Quran 1435H/ 2014M

Program Sempena Nuzul Al-Quran 1435H/ 2014M
 
alt

10 Julai 2014/ 12 Ramadhan 1435H (Khamis) -

Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Program Sempena Nuzul Al-Quran 2014 bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam. 

Program separuh hari ini telah dihadiri hampir 800 peserta terdiri daripada penjawat awam, kakitangan swasta, NGO, IPT dan masyarakat awam. Slot 1 "Dari Bacaan Kepada Penghayatan: Ke arah Menjadikan Al-Quran Sebagai Hakikat Hidup" telah disampaikan dengan begitu mantap oleh Dr. Mohd Farid Mohd Shahran dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Antara yang dikongsi beliau adalah untuk menambah penghayatan terhadap Al-Quran ialah dengan merasakan kita seolah-olah hidup bersama-sama Rasulullah SAW dan para sahabat dan ayat-ayat itu diturunkan 'terus' kepada kita.

Manakala Penceramah Slot ke 2 - Ustaz Mohd Meeftah Bin Anuar dari Institut Latihan Islam Malaysia berjaya menjentik emosi para peserta dengan pengisian beliau yang bertajuk "Al-Quran: Antara Membaca & Memahami". Antara yang dikongsi beliau adalah berkenaan bahan bacaan harian kita. "Siapa diri kamu yang akan datang ditentukan oleh buku apa yang dibaca hari ini?". Begitu juga adab-adab dengan Al-Quran perlu kita perhalusi. Sepertimana saranan Imam Ghazali, antaranya ialah dengan menghadirkan hati, mengangan-angankan (membayangkan) isu kandungannya serta melenyapkan halangan memahami Al-Quran. 

Semoga program yang benar-benar terkesan di hati ini berjaya menjentik keinsafan kepada kita untuk kembali kepada Al-Quran secara praktikal, bukannya retorik.

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto & teks oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

Cetak   Emel