05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pameran Sempena Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Dan Menangani Gejala Sosial Warga TLDM Peringkat Lembah Kelang

 
alt
 
26 Jun 2014 (Khamis) – Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Pameran Penguatkuasaan sempena Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Dan Menangani Gejala Sosial Warga TLDM Peringkat Lembah Kelang yang berlangsung di Markas Tentera Laut, KD SRI GOMBAK Kuala Lumpur.
 
Program yang dianjurkan selama dua hari iaitu 26 dan 27hb Jun 2014 antara lain bertujuan memberi kesedaran kepada warga TLDM mengenai keselamatan di jalan raya dan mengetahui lebih terperinci mengenai jenis-jenis kesalahan dalam Akta Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah di Wilayah Persekutuan Tahun 1997 (Akta 559). Ceramah mengenai Jenayah Syariah telah disampaikan oleh Tuan Ahmad Kamarul Najam Bin Dato Mohd Ghazali, Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan, JAWI.
 
Siri-siri pameran yang dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan ini diharapkan dapat memberi pendedahan dan kefahaman serta kesedaran kepada masyarakat tentang kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah yang terkandung dalam Akta Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan Tahun 1997 (Akta 559) dan juga Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan 1984.

alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Bahagian Penguatkuasaan, JAWI

Cetak   Emel