05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pameran Sempena Kempen Menangani Eksploitasi Kanak-Kanak Melalui Kutipan Amal Peringkat Kebangsaan 2014

Pameran Sempena Kempen Menangani Eksploitasi Kanak-Kanak Melalui Kutipan Amal Peringkat Kebangsaan 2014
alt
 
24 Jun 2014 (Selasa) - Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Pameran Penguatkuasaan sempena Kempen Menangani Eksploitasi Kanak-Kanak Melalui Kutipan Amal Peringkat Kebangsaan 2014M/1435H bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.
 
Program yang bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato Haji Razali Bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
 
Kempen ini dianjurkan oleh JAKIM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang bertujuan memberi pendedahan dan hebahan kepada umum mengenai penguatkuasaan undang-undang berkaitan kesalahan kutipan amal dan eksploitasi kanak-kanak.

alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Bahagian Penguatkuasaan, JAWI

Cetak   Emel