05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Ihtifal Peringkat Zon-Zon Sra dan KAFA JAWI 2014

Program Ihtifal Peringkat Zon-Zon Sra dan KAFA JAWI 2014
 
alt
 
16hb – 19hb Jun 2014 (Isnin-Khamis)Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Pengerusi-pengerusi  Zon Sekolah Rendah Agama dan KAFA, telah menganjurkan Program Ihtifal di peringkat zon. Jadual Program Ihtifal , adalah seperti berikut :
  1. 16hb Jun 2014 - Program Ihtifal Peringkat Zon 1 iaitu di Sekolah Agama Rendah Abu Dzar al-Ghifari.
  2. 17hb Jun 2014 - Program Ihtifal Peringkat Zon 4 iaitu di Sekolah Agama Rendah al-Alusi, Kampung Datuk Keramat.
  3. 18hb Jun 2014 - Program Ihtifal Peringkat Zon 6 iaitu di Sekolah Agama Rendah Abu Bakar.
  4. 18hb Jun 2014 - Program Ihtifal Peringkat Zon 5 iaitu di Dewan Masjid az-Zubair ibnu Awwam.
  5. 19hb Jun 2014 - Program Ihtifal Peringkat Zon 2 iaitu di Sekolah Agama Rendah Amru al-Asr.
  6. 19hb Jun 2014 - Program Ihtifal Peringkat Zon 3 iaitu di Dewan masjid Imam as-Syafie.
 
Program tersebut bertujuan untuk mengasah bakat murid-murid di dalam bidang ko-kurikulum sekolah, selain membina sakhsiah murid ke arah pembentukan insan cemerlang, berkarisma dan inovasi melalui bimbingan guru-guru selari dengan dasar pemdidikan JAWI  berpandukan al-Quran dan Sunah.
 
Antara acara yang dipertandingkan ialah tilawah al-Quran, hafazan, bercerita, nasyid, penulisan khat  dan  syarahan.
Penyertaan meliputi murid tahun satu hingga tahun 6 di SRA dan KAFA di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Johan bagi peringkat zon ini akan meneruskan perjuangannya ke peringkat Wilayah Persekutuan yang dijangka akan diadakan pada bulan Ogos 2014.
 
Semoga dengan adanya program ini , ia membantu murid-murid untuk terus cemerlang dalam akademik dan bidang ko-kurikulum yang akhirnya melahirkan insan yang seimbang di antara dunia dan akhirat.
alt alt
alt alt
alt alt
 alt
Foto dan teks oleh:
Bahagian Pelajaran, JAWI

 


Cetak   Emel