05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Pasca Perkahwinan Tahun 2014

Seminar Pasca Perkahwinan Tahun 2014
alt
 
24 Jun 2014 (Selasa) – Seminar Pasca Perkahwinan Tahun 2014 yang dianjurkan oleh Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Pusat Zon 3, Masjid Al-Imam As-Syafie telah diadakan bertempat Dewan Perkasa, Masjid Al-Imam, As-Syafie.
 
Objektif seminar ini diadakan bagi mengukuhkan hubungan suami dan isteri ke arah membentuk rumahtangga yang bahagia serta membina dan memantapkan sebuah keluarga bahagia ke arah melahirkan masyarakat penyayang dan bersatu padu.
 
Selain itu, dapat membentuk sebuah keluarga yang berbudi, penyayang dan bertoleransi di kalangan anggota keluarga.
 
Terdapat dua slot ceramah yang diadakan iaitu ‘Ceramah 1: Agama Dijaga, Rumahtangga Terpelihara’ yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Zakaria Bin Mohamed, Ketua Imam Masjid Ar-Rahimah, Kg. Pandan. Manakala ‘Ceramah 2: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit’ oleh YBhg. Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, Personaliti TV dan Penceramah Bebas.
 
Turut hadir, YBhg. Hjh. Kamariah Binti Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga.

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria

 


Cetak   Emel