05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pemeriksaan Penuh Kemenjadian Murid di SRA Al-Mustaqimah

Pemeriksaan Penuh Kemenjadian Murid di SRA Al-Mustaqimah
 
alt
 
24hb - 26hb Jun 2014 (Selasa-Khamis) - Bahagian Pelajaran, JAWI telah mengadakan Pemeriksaan Penuh Kemenjadian Murid di Sekolah Rendah Agama Al-Mustaqimah, Cheras, Kuala Lumpur yang melibatkan seramai 12 orang pegawai.
 
Pemeriksaan penuh melibatkan beberapa garis panduan di sekolah iaitu standard 1: kepimpinan dan hala tuju, standard 1: pegurusan organisasi, standard 2: pengurusan kurikulum dan hal ehwal murid, standard 4: pengajaran dan pembelajaran, standard 5:  kemenjadian murid.
 
Ia bertujuan mempertingkatkan kualiti pengurusan SRA serta sebagai kawalan mutu pembelajaran di sekolah selari dengan dasar pendidikan agama di JAWI.
 
Seramai 17 orang guru sekolah tersebut dicerap untuk penilaian peningkatan mutu dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, beberapa sesi perbincangan dengan ketua -ketua panitia telah diadakan bagi memastikan kegiatan ko-kurikulum dapat dilaksanakan dengan baik.
 
Hasil laporan dari pemeriksaan penuh tersebut telah dibentang kepada pihak sekolah pada 26hb Jun 2014. Usaha penambahbaikan oleh pihak sekolah diharap membantu peningkatan kualiti di SRA al-Mustaqimah.
 
alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Bahagian Pelajaran

 


Cetak   Emel