05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Deligasi Islamic Tourism Centre (IOA) Ke Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur

Lawatan Deligasi Islamic Tourism Centre (IOA) Ke 
Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur


 
alt
 
 
17 Jun 2014 (SELASA) - Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur  menerima kunjungan daripada Islamic Tourism Centre yang diketuai oleh Dr Nirwan Noh, Pengarah Penyelidikan & Latihan, Islamic Tourism Centre, bersama 40 orang anggota deligasi daripada 18 buah negara daripada Benua Asia, Afrika dan Timur Tengah.

Ketibaan deligasi disambut oleh Ketua Imam Masjid Jamek Kuala Lumpur, Al-Fadhil Ustaz Mohd faisal Bin Tan Mutallib, turut diiringi oleh Puan Normah Bte Sulaiman, selaku wakil Islamic Outreach Abim (IOA), bersama semua pegawai-pegawai masjid.

Objektif program ini adalah untuk memberi kefahaman dan pendedahan kepada anggota tentang konsep Pelancongan Islam, melalui program-program yang telah dirangka sepanjang tahun. Membantu mengenalpasti dan memahami kehendak pelancong terutamanya yang beragama islam. Mendalami isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh pertubuhan dalam membangunkan, mengurus serta mempromosikan pelancongan islam. Berkongsi maklumat tentang segala usaha dan pengalaman dalam meneruskan pembangunan pelancongan Islam.

Program dimulakan dengan bacaan doa, seterusnya kata-kata aluan disampaikan oleh Ketua Imam Al-Fadhil Ustaz Muhd Faisal Bin Tan Mutallib bagi melahirkan rasa syukur atas kehadiran mereka.

Seterusnya, deligasi dibawa ke dewan utama solat bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh wakil daripada Islamic Outreach ABIM, Puan Normah Bte Sulaiman. Taklimat mengambil masa 20 minit, merangkumi pengenalan Masjid Jamek Kuala Lumpur, sejarah dan perkembangannya terkini serta Program Pelancongan Islam.

Di akhir lawatan, pihak masjid telah menyusun satu aktiviti yang sangat menarik, deligasi dihidangkan dengan buah-buahan tempatan seperti durian, manggis dan rambutan. Terdapat juga kuih-muih tradisional melayu sebagai satu lagi tarikan kepada anggota deligasi. Aktiviti ini memberi peluang kepada mereka untuk menikmati keunikan yang ada di Malaysia.  

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Ketua Imam
Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur
 

 


Cetak   Emel