05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Keindahan Rasm Uthmani

Seminar Keindahan Rasm Uthmani
alt
 
24 Jun 2014 (Selasa) – Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Seminar Keindahan Rasm Uthmani dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Pejabat Pusat Zon 5. Seminar ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Hj. Munir bin Hj. Md. Salleh, Timbalan Setiausaha, Unit Kawalan al-Quran Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN dan turut dihadiri oleh YBhg. Ustaz Anuar Hakim bin Mohd Salleh, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAWI.
 
Seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada ahli kariah Masjid Al-Muqarrabin, guru-guru daripada Sekolah Rendah Agama (SRA), pegawai dan kakitangan JAWI serta wakil Institut Pengajian Tinggi yang berhampiran telah menghadiri seminar ini.
 
Sesi pertama seminar diisi dengan ceramah “Akta Pencetakan Teks Al-Quran (APTQ 1986)” yang disampaikan oleh YBhg Ustaz Muhammad Haniff bin Ahmad Jahidi daripada KDN. Manakala ceramah kedua pula disampaikan oleh YBhg Dr. Khairul Anuar bin Mohamad daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan tajuk “Keindahan Rasm Uthmani dan Dhabtul Quran (Penandaan al-Quran)”. Di samping itu, pihak KDN juga turut mengadakan pameran berkaitan bahan-bahan cetakan, contoh-contoh Al-Quran tersalah cetak dan sebagainya.
 
Menerusi penganjuran seminar ini, diharapkan agar para peserta seminar akan mendapat pendedahan dan pemahaman mengenai sejarah, kaedah penulisan Rasm Uthmani serta mendapat pendedahan berkenaan penyelewengan terhadap al-Quran agar maruah dan kesucian al-Quran tidak dicemari.

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Bahagian Penyelidikan, JAWI

 


Cetak   Emel