05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Asas Keusahawanan Dan Kemahiran Kendiri Siri 1/2014

Kursus Asas Keusahawanan Dan Kemahiran Kendiri Siri 1/2014
alt
 
19 Jun 2014 (Khamis) – Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan kursus Asas Keusahawanan dan Kemahiran Kendiri Saudara Baru Siri 1 2014 yang mengkhususkan dalam bidang pembuatan biskut. Kursus yang dijalankan di Asrama Darul Hidayah, Kg. Baru itu telah dihadiri oleh seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada pelajar kelas pengajian saudara baru anjuran jabatan ini. Antara jenis biskut yang diajarkan dalam kursus tersebut ialah ‘Cheese Tart, Chocolate Chip Coockies dan Butter Cookies’.
 
Bengkel yang berlangsung selama 4 jam itu telah dibimbing oleh Cik Anisha Binti Ibrahim yang merupakan Pengurus Operasi daripada syarikat Million Heart Resources.  Kursus ini telah mendapat respon yang sangat baik dikalangan peserta dan rata-rata berpuas hati dengan modul yang telah dilaksanakan.
 
Cawangan ini sentiasa berusaha untuk menambahkan input dan meningkatkan pengetahuan semua pelajar dan penghuni asrama bukan sahaja dari segi ilmu pengetahuan agama malah dari aspek kemahiran agar mereka boleh berusaha dan berdikari.

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Cawangan Kebajikan Saudara Baru,
Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI

 


Cetak   Emel