05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Amali Pra Pendakwaan Siri 1/2014

Kursus Amali Pra Pendakwaan Siri 1/2014
alt
 
17 Jun 2014 (Selasa) – Bahagian Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Kursus Amali Pra Pendakwaan Siri 1/2014 bertempat di Hotel Selesa Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan selama tiga hari sehingga 19 Jun 2014.
 
Kursus Amali Pra Pendakwaan Siri 1/2014 ini diadakan bertujuan untuk memberikan kefahaman, pendedahan dan kemahiran secara praktikal kepada para peserta berkaitan proses penyediaan kertas siasatan. Dengan menggunakan pendekatan yang lebih efisyen iaitu melakukan latihan amali setelah peserta mengikuti ceramah yang disediakan, peserta dapat memahami proses penyediaan kertas siasatan dengan lebih mudah. Selain daripada itu peserta juga dapat bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan mengenai bidang tugas masing-masing.
 
Kursus ini disertai oleh seramai 30 orang peserta terdiri daripada Pendakwa Syarie dari Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pegawai Penguatkuasa Agama dari Bahagian Penguatkuasaan JAWI dan seorang pegawai daripada Bahagian Penyelidikan JAWI. Turut menyertai kursus ini adalah pegawai dan kakitangan daripada Unit Pendakwaan JAWI dan Unit Penguatkuasaan JAWI Cawangan Putrajaya dan Labuan.
 
Sebanyak tiga slot ceramah telah dihidangkan kepada peserta sepanjang kursus berlangsung dengan ceramah pertama bertajuk ‘Penyediaan Kertas Siasatan’ diikuti dengan dua tajuk lagi iaitu ‘Kepentingan Kertas Siasatan Dalam Menjayakan Suatu Pendakwaan’ dan ‘Persediaan Pra Pendakwaan Kes Jenayah Syariah’. Bagi meningkatkan lagi kefahaman peserta berkaitan pengisian yang diberikan para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi membincangkan tugasan yang diberikan seterusnya membentangkan hasil perbincangan di akhir kursus. Sepanjang kursus ini berlangsung peserta juga diberikan ruang yang luas untuk bertanyakan soalan kepada penceramah jemputan iaitu Tuan Zulfikri bin Yasoa’ selaku penceramah dan fasilitator bagi kursus ini.
 
Semoga hasil yang diperolehi dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta dalam menjalankan tugasan seharian seterusnya meningkatkan mutu kertas siasatan bagi memastikan proses pendakwaan berjalan lancar di mahkamah.

alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Bahagian Pendakwaan, JAWI

 


Cetak   Emel