05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Karnival Sukan Perumahan Awam Desa Rejang

Karnival Sukan Perumahan Awam Desa Rejang
alt
 
15 jun 2014 (Sabtu) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah bersama-sama menyertai Pameran Produk Agensi-agensi Kerajaan untuk Karnival Sukan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Desa Rejang Setapak Jaya, Kuala Lumpur.
 
Antara agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program tersebut ialah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Baitulmal, Tabung Haji, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Rukun Tetangga Daerah Setapak dan Sentul, Jabatan Bomba Malaysia, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), ADABI, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) dan lain-lain.

Suasana bertambah meriah dengan pelbagai acara sukaneka yang diadakan pada hari tersebut, antaranya ialah pertandingan futsal, pertandingan bayi paling comel dan sihat, memasak, mewarna, rebut kerusi, cabutan bertuah, mencari harta karun dan lain-lain. Majlis penutup bagi program yang telah berlangsung selama 2 hari itu telah disempurnakan oleh YB. Dato' Ahmad Fauzi Bin Zahari, Ahli Parlimen Setiawangsa Kuala Lumpur.

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto dan tekes oleh:
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan

 


Cetak   Emel