05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Ramah Mesra Pengarah JAWI Bersama Mubaligh dan Pelajar Kelas Pengajian Saudara Muslim

Majlis Ramah Mesra Pengarah JAWI Bersama Mubaligh Dan Pelajar Kelas Pengajian Saudara Muslim
alt
 
16 Mei 2014 (Jumaat) – Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI Bersama Para Mubaligh Dan Pelajar Saudara Muslim bertempat di Asrama Darul Hidayah MAIWP Kg. Baru.

Majlis berkenaan juga bertujuan untuk meraikan para mubaligh/tenaga pengajar bersempena sambutan Hari Guru di seluruh Malaysia. YBhg Tuan Hj Che Husin Bin Isa selaku Timbalan Pengarah Operasi JAWI juga turut hadir bersama-sama Pegawai/Kakitangan dari Bahagian Pengurusan Dakwah serta Unit Perhubungan Awam. Ketibaan Pengarah JAWI dan tetamu jemputan disambut meriah dengan alunan selawat beramai-ramai oleh para mubaligh dan pelajar.    

Majlis pada pagi tersebut dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Hj Mohamad Bin Hj Yusof, disusuli dengan ucapan khas dan amanat dari Tuan Pengarah JAWI. Beliau  telah mengambil kesempatan untuk mengucapkan ‘Selamat Menyambut Hari Guru’ dan ‘Terima Kasih Cikgu’ bersempena dengan sambutan Hari Guru di seluruh Malaysia kepada semua mubaligh dan tenaga pengajar yang telah dilantik kerana bertungkus lumus membantu Jabatan dalam mendidik saudara baru di Wilayah Persekutuan.

Dalam ucapannya, beliau turut mengumumkan keputusan Mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang telah bersetuju meluluskan kenaikan kadar bayaran elaun pelajar di Kelas Pengajian Islam Saudara Baru JAWI daripada RM20.00 sehari kepada RM50.00 sehari dan juga kenaikan kadar bayaran elaun mubaligh di kelas yang sama iaitu daripada RM 1,000.00 kepada RM 1,500.00 sebulan. Rata-rata yang hadir memberi reaksi yang positif dan gembira dengan pengumuman berkenaan.

Sebagai acara kemuncak, para mubaligh diraikan dalam satu acara khas iaitu acara memotong kek beramai-ramai bersama Tuan Pengarah.  Selepas itu, Tuan Pengarah dan tetamu jemputan membuat lawatan dan tinjauan ke kelas pengajian dan premis asrama. Majlis berakhir lebih kurang jam 12.00 tengahari  dengan jamuan makan.

alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Zulkifli Ibrahim
Cawangan Kebajikan Saudara Baru
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel