05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Perhimpunan Dan Penghargaan JAWI 2014

Majlis Perhimpunan Dan Penghargaan JAWI 2014
alt
 
23 Mei 2014 (Jumaat) – Seramai 250 pegawai dan kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang memberikan perkhidmatan cemerlang pada tahun 2013 menerima sijil penghargaan serta hadiah iringan di Majlis Perhimpunan Dan Majlis Penghargaan JAWI.

Majlis berkenaan yang diadakan di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Hadir sama ialah YBhg. Tuan Haji Awang Khalid Bin Mat Ali, Pengarah Kanan (Pengurusan) JAKIM, YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI, serta pegawai-pegawai kanan JAWI.

Selain itu, majlis tersebut turut melakar sejarah tersendiri buat JAWI apabila jabatan ini berjaya mendapat pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) setelah lulus dengan cemerlang dalam sesi audit 5S pada 29 April lalu.
 
Sijil 5S berkenaan disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Razali Hussain, Ketua Pengarah MPC kepada YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI yang juga merupakan Penasihat Amalan 5S JAWI.

Pengiktirafan yang dicapai oleh JAWI itu secara tidak langsung membuktikan tiada perkara yang mustahil untuk diraih sekiranya ia disertai dengan usaha, komitmen serta kesungguhan dalam mencapai sesuatu.

Terdahulu, Dato’ Haji Othman dalam ucapannnya turut mengingatkan semua warga JAWI dapat mengekalkan prestasi cemerlang dan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik di mana kualiti perkhidmatan yang diberikan dapat dicontohi oleh agensi lain selaras dengan moto JAWI “Sentiasa Dicontohi”.

alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan,
JAWI

Cetak   Emel