05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik JAWI 2014

 
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik JAWI 2014
alt
 
6 Mei 2014 (Selasa) Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.  Seramai 181 orang penerima anugerah telah dirai pada majlis tersebut yang melibatkan kategori kecemerlangan dalam peperiksaan UPKK, UPSRA, Sijil menengah Agama, PMR dan SPM.
 
Objektif majlis ialah bagi mengiktiraf murid cemerlang yang berusaha gigih untuk mendapatkan keputusan terbaik di dalam peperiksaan, selain ianya sebagai motivasi dan pendorong agar setiap murid mempunyai semagat bersaing dalam pelajaran.
 
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Tuan Hj Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI mewakili YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj. Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Seramai 1200 orang hadir dalam majlis tersebut yang terdiri dari ibubapa pelajar dan guru-guru.
 
Turut diadakan pelancaran Buku Panduan Guru dan Buku Huraian Sukatan Pelajaran khusus untuk kegunaan para guru di Sekolah Rendah Agama JAWI.

alt alt
alt alt

Foto oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria
Teks oleh:
Bahagian Pelajaran, JAWI

 


Cetak   Emel