05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Kerja Pengarah JAWI Ke Masjid Jamek An-Nur, Masjid Jamek Al-Mahmudiyyah Dan JAWI Wilayah Persekutuan Labuan

Lawatan Kerja Pengarah JAWI Ke Masjid Jamek An-Nur, Masjid Jamek Al-Mahmudiyyah Dan JAWI Wilayah Persekutuan Labuan
alt
 
17 April 2014 (Khamis)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah menerima kunjungan YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Beliau telah berkenan untuk mengadakan lawatan kerja ke masjid dan surau yang terpilih di Wilayah Persekutuan Labuan.
 
Lawatan pertama beliau ialah ke Surau Nurul Islam, Pusat Bandar. Kedudukan surau yang agak strategik dan terletak di tengah-tengah pusat bandar menjadikannya sering dikunjungi jemaah setiap masa. Dari segi pembesaranya, surau tersebut akan ditambah keluasannya sebanyak 300 kaki persegi ke laut dan sekali gus menjadikannya sebagai surau terapung. Kapasitinya  juga akan bertambah dan dapat memuatkan sehingga 500 orang jemaah apabila ianya siap nanti.
 
Lawatan kedua ialah ke Masjid Jamek Al-Mahmudiyyah yang terletak di Kampung Lajau. Kedudukan masjid tersebut ialah lebih kurang lapan kilometer dari Bandar. Masjid tersebut telah beroperasi pada bulan Julai 2013 dan merupakan masjid yang ke 15 telah dibina di Wilayah Persekutuan Labuan.
 
Lawatan ketiga ialah ke Masjid Jamek An-Nur yang dikenali sebagai masjid negeri Labuan. Pada lawatan tersebut, beliau meninjau kerja-kerja pembaikkan masjid yang menelan belanja sebanyak RM300 ribu, projek tersebut telah berada di dalam fasa akhir pembinaan dan hampir siap sepenuhnya.
 
Sesi terakhir lawatan beliau ialah ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan. Ia merupakan pertemuan kali kedua beliau bersama warga JAWI Labuan. Banyak amanat yang disampaikan oleh beliau dapat dijadikan panduan oleh seluruh warga JAWI dalam mengurus tadbir JAWI Labuan ke arah yang lebih cemerlang dimasa akan datang.
 
Semua warga JAWI Labuan amat berterima kasih diatas kesudian YBhg. Tuan Haji Paimuzi mengunjungi JAWI Labuan. Semoga kunjungan tersebut dapat memanfaat semua pihak yang terlibat.
 
alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
JAWI, Cawangan Labuan

Cetak   Emel