05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Soalan Lazim Bahagian Pengurusan Dakwah

1.   Bagaimanakah untuk saya mendapat khidmat penceramah ? 

  • Tuan perlu mengemukakan surat permohonan kepada jabatan ini melalui surat sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh program dengan menyatakan tarikh, tempat dan tajuk ceramah yang hendak disampaikan kepada alamat berikut :- 
  • Pengarah
  • Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
  • Menara Pusat Islam
  • Jalan Perdana 50676
  • Kuala Lumpur
  • (u.p : Ketua Penolong Pengarah Kanan Dakwah)

 2.   Saya ada seorang kawan yang berminat dengan Islam, dan beliau telah menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam, di manakah boleh beliau memeluk Islam dan bagaimanakah cara untuk saya membantu beliau dalam perkara ini?

  • Sekiranya beliau berada di Wilayah Persekutuan, Tuan boleh membawa beliau untuk memeluk agama Islam di;
  • i.     Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Saudara Muslim
  • ii.    mana-mana cawangan PERKIM, ABIM Outreach,
  • iii.   mana-mana masjid berdekatan dan diislamkan oleh pegawai masjid berkenaan dan pegawai berkenaan perlu mengeluarkan surat pengesahan yang menyatakan beliau telah mengislamkan si fulan. 
  • Seterusnya sahabat tuan perlu hadir ke JAWI sendiri untuk mendaftar pengislaman beliau berserta dua keping gambar dan Kad Pengenalan / Passport berserta surat yang telah dikeluarkan oleh pegawai masjid atau borang pendaftaran PengIslaman, pihak kami akan mengeluarkan Kad Akuan Masuk Islam kepada beliau. 

3.   Apakah prosedur seseorang untuk memeluk Islam?  

  • Seseorang yang ingin Memeluk Islam perlu hadir ke Cawangan Saudara Muslim JAWI dengan membawa bersama beliau dua orang saksi beragama Islam, Kad Pengenalan atau Passport dan juga dua keping gambar berukuran passport. 

4.   Saya seorang Saudara Baru, di manakah boleh saya belajar untuk saya mendalami dan mempelajari agama Islam?  

  • JAWI ada menganjurkan kelas pengajian asas Al-Quran dan Fardhu Ain sepanjang tahun dalam waktu bekerja daripada Isnin hingga Jumaat.  Sekiranya tuan berminat boleh hadir ke JAWI di Cawangan Saudara Muslim untuk pertanyaan lanjut.   

5.   Adakah JAWI menganjurkan Kelas pengajian Fardhu Ain atau program-program keagamaan? 

  • JAWI ada menganjurkan kelas pengajian tetapi bukan kepada masyarakat awam, kelas pengajian yang diadakan adalah kepada golongan tertentu iaitu Saudara Baru, Orang Cacat Pendengaran, Masyarakat terpilih seperti MakNyah, Pengidap HIV di Rumah Sinar Salam.  Manakala bagi program-program keagamaan diadakan secara berkala dan boleh berhubung dengan Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam  untuk pertanyaan lanjut. 

 

    

PEGAWAI PENYELARAS ADUAN BAHAGIAN

Maznah Binti Tahir

03-22749333 ext : 1522

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Bahagian Pengurusan Dakwah, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jalan Perdana, 50676, Kuala Lumpur