05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Soalan Lazim Bahagian Penyelidikan

 

1.    Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Cawangan Kajian & Pemantauan Akidah ?

        Perkhidmatan Yang Disediakan;

  • Menjalankan kajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan isu akidah dan syariah.
  • Menyediakan profil berkaitan dengan isu-isu akidah dan syariah yang terdapat di Wilayah Persekutuan.
  • Memberi penjelasan mengenai isu-isu akidah dan syariah kepada  semua lapisan masyarakat di Wilayah Persekutuan.
  • Mendokumentasikan hasil kajian dan penyelidikan JAWI serta risalah-risalah yang berkaitan isu akidah dan syariah .
  • Mengadakan pemantauan ke atas penyebaran ajaran dan pegangan akidah dan syariah yang menyeleweng.

 

2.      Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Cawangan Penapisan Media & Visa?

       Perkhidmatan Yang Disediakan;

  • Mengkaji dan menapis bahan-bahan penerbitan berunsurkan Islam yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  • Menerima aduan dari orang ramai berkenaan premis yang menjual atau mempamerkan barang-barang atau terbitan yang mengandungi kalimah Allah dan ayat-ayat Al-Quran.
  • Membuat pemantauan ke kedai-kedai buku, peralatan audio visual dan premis-premis yang disyaki  sekitar Wilayah Persekutuan .
  • Menerima  kitab Al-Quran, buku,  atau sebarang bahan yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran yang telah rosak atau tidak diingini  lagi sama ada dalam kuantiti yang sedikit atau banyak bagi tujuan pelupusan dengan cara yang lebih selamat.
  • Menyaring permohonan dan temuduga bagi tujuan pengeluaran surat-surat sokongan seperti Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas Bagi Mengajar dan Belajar Agama Warganegara Asing

  

3.      Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Cawangan Kajian & Pemantauan Akidah & Syariah?

        Perkhidmatan Yang Disediakan;

  • Melaksanakan program pengurusan halal seperti kempen kesedaran halal, penyembelihan menurut Islam serta perkhidmatan menyamak.
  • Menguruskan aduan-aduan berkaitan isu makanan halal, penyembelihan di premis-premis penyembelihan dan di pasar-pasar, barang gunaan Islam yang meragukan  dan sebagainya.
  • Menerima permohonan Surat Kebenaran Menyembelih dan menjalankan temuduga dan praktikal bagi jurusembelih yang akan diberi tauliah di Wilayah Persekutuan.

4)   Saya ingin membuat aduan berkaitan halal, adakah Bahagian Penyelidikan adalah tempat yang sesuai untuk membuat aduan halal? 

        Ya, aduan berkaitan dengan halal boleh dibuat di Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

5)   Saya ingin membuat aduan berkaitan dengan ajaran sesat, dakyah, hal ehwal agama Islam dan lain-lain, adakah Bahagian Penyelidikan  adalah tempat yang sesuai untuk membuat aduan tersebut?

       Ya, aduan berkaitan dengan ajaran sesat, dakyah, hal ehwal agama Islam dan lain-lain boleh dibuat di Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

6)   Saya mempunyai barang-barang gunaan Islam, bahan-bahan   bercetak, visual yang meragukan, adakah saya boleh menghantarnya ke Bahagian Penyelidikan?

       Ya, Anda boleh menghantar barang-barang tersebut ke Bahagian Penyelidikan untuk kajian dan urusan penyelidikan ATAU menghantar aduan ke emel JAWI iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.   

7)   Bagaimanakah saya ingin berkerjasama dengan Bahagian Penyelidikan dalam melaksanakan program-program seperti        penyembelihan halal dan sebagainya? 

      Anda boleh datang ke Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan maklumat lanjut atau dengan  menghubungi JAWI . 

8)   Kami mempunyai banyak teks Al-Quran lama, kitab-kitab lama, bolehkan diserahkan ke Jabatan Agama Islam untuk melupuskannya? 

       Ya, teks Al-Quran lama dan kitab-kitab lama tersebut boleh diserahkan ke Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk proses pelupusan (setelah mendapatkan kelulusan KDN untuk dihantar ke IRIS, Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur) 

 

 

PEGAWAI PENYELARAS ADUAN BAHAGIAN

 

 Nur Asyura Binti Jumat

03-22749333 ext : 1408

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 Noorhakimah Binti Bakri

03-22749333 ext : 1427

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Bahagian Penyelidikan, Tingkat 4, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Jalan Perdana 50676, Kuala Lumpur