05:49
Imsak
05:59
Subuh
13:16
Zohor
16:27
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Soalan Lazim Bahagian Pelajaran

Tajuk : Pendaftaran Tahun Satu ke SRA JAWI

 

 

1-  Bagaimana saya hendak mendaftarkan anak saya ke tahun satu di SRA, JAWI?

Pendaftaran anak ke tahun satu SRA, hendaklah dengan mengisi borang “Pendaftaran Tahun Satu” yang boleh didapati di setiap sekolah agama.

 

2-  Bilakah saya boleh mendapatkan borang tersebut?

Bagi pendaftaran tahun satu boleh dilakukan bermula bulan Julai hingga Ogos setiap tahun bagi tujuan kemasukan pada tahun berikutnya, walau bagaimanapun, sebarang perubahan hendaklah merujuk kepada pihak sekolah yang berdekatan.

 

3-  Apakah dokumen yang perlu saya sertakan dalam borang pendaftaran tersebut ?

Dokumen yang perlu disertakan ialah :

1-    Gambar Bersaiz Passpot

2-    Salinan Mykid

3-    Salinan Sijil Kelahiran

4-    Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa/Penjaga

5-    Salinan Bil Utiliti Tempat Kediaman

 

4-  Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya adalah orang yang terlewat daftar ?

Bagi pemohon yang terlewat hendaklah merujuk kepada unit Pengurusan HEM & Pentadbiran Sekolah di tingkat 4, Bahagian Pelajaran, JAWI

 

                                

Tajuk : Pendaftaran Sekolah Agama dan Tahfiz Swasta

 

 

1-  Bagaimana saya hendaklah mendaftarkan sekolah agama atau tahfiz swasta di JAWI?

Pendaftaran sekolah agama atau tahfiz swasta, hendaklah dengan mengisi borang “Permohonan Pendaftaran Sekolah Agama atau Tahfiz Swasta” yang boleh didapatkan di bahagian Pelajaran, JAWI.

 

2-  Apakah lampiran dokumen yang perlu saya sediakan ?

Dokumen yang perlu disediakan, ialah:

1-    Kertas kerja permohonan

2-    Senarai Nama Guru-Guru yang memiliki tauliah mengajar

3-    Kelulusan premis dari Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur

4-    Kululusan premis dari Bomba

5-    Kelulusan Premis dari Jabatan Kesihatan

Dokumen yang lengkap hendaklah dihantar ke Bahagian Pelajaran , JAWI

 

3-  Berapa lama saya akan mengetahui keputusan kelulusan pendaftaran ?

Proses kelulusan pendaftaran akan melalui beberapa peringkat , iaitu:

1-    Serahan dokumen yang lengkap

2-    Peperiksaan premis

3-    Penyediaan laporan

4-   Pembentangan laporan ke Jawatankuasa Pendaftaran Sekolah Agama atau Tahfiz Swasta

 

                         

Tajuk : Proses permohonan Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas Belajar Agama Bagi Warga Asing

 

 

1-  Bagaimana saya hendak mendapat sokongan pas lawatan ikhtisas belajar agama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ?

Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas Belajar Agama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hendaklah dengan mengisi borang permohonan secara on-line di http://e-ikhtisas.islam.gov.my ( bagi pemohon 18 tahun ke atas). Borang tersebut hendaklah disahkan oleh pihak penganjur ( sekolah/institusi pengajian agama swasta)

 

2-  Apakah lampiran dokumen yang perlu saya sediakan ?

Dokumen yang perlu disediakan, ialah:

1-  Surat Perakuan Daripada Penganjur

2-  Salinan Pasport Antarabangsa Yang Disahkan ( Termasuk Halaman Tarikh Tamat Passport)

3-  Salinan Pas Lawatan Ikhtisas Terkini Yang Disahkan ( Bagi Permohonan Lanjutan)

4-  Salinan Kad Akuan Memeluk Islam Yang Disahkan Oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ( Bagi Pelajar Baru )

5-   Jadual Waktu Belajar

6-   Salinan Rekod Kehadiran Pelajar ( Permohonan Lanjutan)

7-   Salinan Sijil Berhenti Sekolah Bagi Pelajar Yang Bertukar Sekolah.

Dokumen yang lengkap dan borang permohonan hendaklah dihantar ke Unit Penyelarasan Sekolah Agama/Sekolah Tahfiz Swasta, Tingkat 4, Bahagian Pelajaran, JAWI

 

3-  Apakah prosedur selepas semua borang yang lengkap diserahkan kepada JAWI ?

Pemohonan akan ditentukan satu ketetapan tarikh untuk ditemuduga oleh pihak JAWI.

 

                                           

PEGAWAI PENYELARAS ADUAN BAHAGIAN 

Mohd Sahirman Bin Ahmad

 03-2274 9333 ext: 1301

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Bahagian Pelajaran, Tingkat 3, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jalan Perdana, 50676, Kuala Lumpur

 

 

 

 

 


Cetak   Emel