05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Puspanita JAWI

Aktiviti Puspanita Tahun 2020

 


:: PUSPANITA JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN ::

:: TAHUN 2020 ::

 

 

Mseyuarat Puspanita JAWI Bil 1 Bagi Tahun 2020

Tarikh : 16 Januari 2020

Tempat : Dewan Syura Wawasan, Aras 2, Kompleks Pusat Islam Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Masa : 9.30 pagi

 

m7  m5
 m6  m12

 

Booth Jualan Puspanita Sempena Pembukaan Tahun 2020 

Tarikh : 16 Januari 2020

Tempat : Ruang Legar (Sebelah Eskalator), Kompleks Pusat Islam Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Masa : 10.00 pagi

   
   

 

 

 

 

 

Aktiviti Puspanita Tahun 2018

Bulan Ogos 2018 

 
Gotong-Royong Bersih Rumah Jagaan Warga Emas
 
SELANGOR, 7 OGOS 2018 (Selasa) – Anjuran Cawangan Pengurusan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama PUSPANITA JAWI, PERKIM, Yayasan Muallaf dan Jawatankuasa Masjid Saidina Ali, Serendah serta SUDI (Sukarelawan Dakwah JAWI) bertempat di Pusat Jagaan 1 Warga Emas, Serendah, Selangor.
 
Program ini diadakan sebagai salah satu usaha mendekatkan diri kepada komuniti disayangi warga emas agar mereka merasa semangat kebersamaan di kalangan masyarakat di samping dapat memberi peluang kepada peserta yang terlibat dalam menyantuni golongan warga emas dan mereka yang memerlukan.
 
 
puspanita

 

puspanita3 puspanita1
 

 

 

Bulan Julai 2018

 

Awesome Aidilfitri

2

1 3

KUALA LUMPUR, 2 JULAI 2018 (Isnin) – PUSPANITA JAWI dijemput untuk bersama meraikan majlis ini dengan menyertai pertandingan Awesome Aidilfitri 1439H beserta juadah. Majlis diadakan di Kompleks Darul Hidayah Kuala Lumpur mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Menu juadah PUSPANITA JAWI adalah rojak buah untuk sejumlah 200 orang. Pengerusi PUSPANITA JAWI, Puan Naini Akmal binti Alias mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang menyumbang penyediaan juadah rojak khususnya serta kakitangan Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga, JAWI  yang memberi kerjasama bagi menjayakan program ini.  

 

 

 

      Bulan Jun 2018         

World Quran Hour

 

45654c20 67ef 44a7 aa3c add549bc7a74
0ad22da1 1ed0 45ac b67c eaaabd62000b a44b1b71 2ad4 414e 856d 0cc45b876006

KUALA LUMPUR, 7 JUN 2018 (Khamis) – Sempena Bulan Ramadan 1439 Hijrah, Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (PUSPANITA JAWI) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI  telah melaksanakan program World Quran Hour di Surau Muhajirin, Kompleks Pusat Islam. Kira-kira 100 orang peserta terlibat yang dibimbing oleh Al-Fadhil Ustaz Zakaria bin Mohamed dan Al-Fadhil Ustaz Norhafizi bin Abdul Rahim.

Program ini bertujuan memartabatkan al-Quran agar ianya dibaca, difahami dan diamalkan agar Al-Quran menjadi manual kehidupan dan melahirkan karakter sebagai Muslim sejati.  Selain itu, turut diadakan adalah Majlis Khatam Al-Quran Perdana yang disertai oleh pegawai dan kakitangan JAWI.
Pengerusi PUSPANITA JAWI, Puan Naini Akmal binti Che Alias telah mengambil peluang berkenalan dan beramah mesra dengan ahli-ahli PUSPANITA JAWI sejurus tamat program World Quran Hour dan Khatam Al-Quran Perdana.
Para peserta dihadiahkan dengan bunga telur dan pada sebelah petangnya diadakan edaran bubur lambuk daripada Program Drive Thru Bubur Lambuk Masjid Wilayah Persekutuan.

     

 

                                                 

 Bulan Mei 2018             

Lawatan Puspanita JAWI ke Kompleks Nasyrul Quran
13bfa33b e88d 4250 a9a9 996746b98474 1
KUALA LUMPUR, 25 Mei 2018 (Jumaat)- Lawatan pertama Ahlijawatankuasa Puspanita JAWI ke Kompleks Nasyrul Quran yang terletak di Putrajaya.

 

Sesi pertukaran cenderahati daripada wakil Nasyrul Quran. 

 

 

                                                                                                                                             

                                                                                             MESYUARAT AJK PUSPANITA JAWI BIL. 2 / 2018

                                                                   BERTEMPAT DI TINGKAT 11, DEWAN SYURA, KOMPLEKS PUSAT ISLAM, JAWI

                                                                                                                   PADA 14 MEI 2018

                                                                                 DIPENGERUSIKAN OLEH PUAN NAINI AKMAL BINTI ALIAS.

 

                                                    ajkpuspanita

mesyuarat puspanita sidang

 

 :: Aktiviti Puspanita Tahun 2017 ::

 

 

Sejarah Penubuhan Puspanita


SEJARAH PENUBUHAN
 

      Cetusan idea penubuhan PUSPANITA telah diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang ketika itu menjawat Menteri Pelajaran selepas bercuti di Indonesia.
Sepanjang percutian tersebut, mereka disambut oleh Dharma Wanita Persekutuan. Oleh kerana upacara sambutan yang begitu baik serta layanan mesra wanita di sana, Tun Dr Mahathir kemudiannya  menyarankan kepada Tun Dr. Siti Hasmah untuk mewujudkan satu persatuan sedemikian di Malaysia khas untuk kaum wanita. Dengan bantuan Dato’ Dr. Noor Laily Dato’ Haji Abu Bakar yang ketika itu merupakan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Tun Dr. Siti Hasmah telah merealisasikan penubuhan PUSPANITA.
PUSPANITA telah dilancarkan dengan rasminya oleh Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali pada 1 Mac 1983. Ketika itu selain daripada itu beliau sendiri menjadi Penaung PUSPANITA yang pertama, berdasarkan Perlembagaan Tan Sri Hashim Aman, Ketua Setiausaha Negara adalah merupakan Penasihat dan isteri beliau Puan Sri Zawiyah binti Yacob adalah Yang Di Pertua PUSPANITA yang pertama. Dato’ Dr. Noor Laily Dato’ Haji Abu Bakar pula telah dilantik sebagai Setiausaha Agong Kehormat yang pertama.        

 

 

Jawatankuasa Puspanita

 

SENARAI JAWATANKUASA PUSPANITA JAWI SESI 2023-2025

                       

Penasihat

:    Ybhg. Datuk Haji Mohd Ajib Bin Ismail
     Pengarah JAWI
Pengerusi :    Ybhg. Datin Naini Akmal Binti Che Alias
Timbalan Pengerusi I :    Puan Rashinah Binti Abdul Hamid
Timbalan Pengerusi II :    Puan Zahrah Binti Mustaffa
Setiausaha :    Puan Ruzaimah Binti Soriadi
Penolong Setiausaha I :    Puan Anisah Binti Musa
Penolong Setiausaha II :     Puan Husna Binti Muslan
Bendahari :    Puan Husna Binti Ali
Penolong Bendahari :     Puan Noorul Adibah Husna Binti Musa
Biro Tugas-Tugas Khas :     -
Juruaudit I :    Puan Noor Armiza Binti Abu Bakar
Juruaudit II :    Puan Marriyani Bt. Mohamad
      
Ahli Jawatankuasa   
(1) Ketua Biro Kerohanian :    Puan Mastura Binti Muhammad
(2) Ketua Biro Kebajikan
:    Puan Syuhaida Binti Mat Saud
(3) Ketua Biro Sukan & Rekreasi :    Puan Siti Nor Azah Binti Ali
(4) Ketua Biro Penerbitan & Publisiti  :    Puan Julia Binti Yahaya
(5) Ketua Biro Ekonomi :    Puan Noorhakimah Binti Bakri
(6) Ketua Biro Pendidikan  :    Puan Suzana Binti Abdul Rahman

                      

Dasar & Strategi


DASAR & STRATEGI
 

DASAR
 

1.       Untuk meningkat keutuhan dan daya saing wanita untuk pembangunan negara di era k-ekonomi dan globalisasi.
 
2.     Untuk membantu meningkatkan prestasi dan imej perkhidmatan awam ke arah menyokong pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
 
3.        Memupuk dan memantapkan nilai positif di kalangan wanita ke arah pembangunan dan kecemerlangan diri.
 
4.        Memupuk silaturrahim antara wanita diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.
 
5.        Membantu memupuk hubungan kekeluargaan yang harmoni ke arah membanteras gejala sosial.

STRATEGI
 
1.         Meningkatkan jumlah keahlian.
 
2.         Meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam kalanngan ahli.
 
3.         Mengadakan perkongsian pintar antara PUSPANITA dengan badan-badan kerajaan dan swsta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
 
4.         Menjana aktiviti yang menyokong dasar-dasar kerajaan.
 
-          Ke arah merealisasikan Wawasan 2020.
-          Mewujudkan masyarakat penyayang, sihat dan cergas.
-          Penerapan nilai-nilai murni.
-          Prihatin terhadap alam bina dan alam sekitar.