Terdapat ralat sambungan dengan API eSolat. Sila cuba sebentar lagi.

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Objektif

OBJEKTIF
Antara objektif utama penubuhan PUSPANITA adalah dan untuk :- 

 

1.     Merapatkan hubungan muhibah dan silaturrahim antara isteri-isteri pegawai /kakitangan lelaki dan anggota-anggota wanita Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan.
2.   Menggalakan perkembangan pengetahuan kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli persatuan menerusi pelbagai ceramah, bengkel, seminar dan kursus.
3.  Menggalakan dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti bagi faedah ahli, keluarga mereka dan masyarakat.
4. Menganjurkan program-program untuk memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan.
5.       Mengadakan program-program untuk mengeratkan perhubungan dengan lain-lain pertubuhan wanita yang berdaftar, demi memupuk semangat persefahaman dan menambah pengetahuan melalui rancangan pembangunan Negara khususnya yang berkaitan dengan wanita di negara ini.
6.       Hak memiliki tanah, bangunan dan aset yang lain sebagaimana yang diperlukan melalui cara memohon kepada kerajaan, membeli, menyewa dan sebagainya. Mana-mana cawangan juga boleh memiliki tanah, bangunan dan aset atau sebagainya untuk kebajikan serta faedah ahli. 
7.                   Untuk menyertai aktiviti perniagaan dengan syarat semua wang dan mana-mana keuntungan yang didapati oleh persatuan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan persatuan ini dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli persatuan. Sungguh pun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja persatuan ini dengan syarat mereka telah memberi perkhidmatan kepada persatuan ini.

 

 


Cetak   Emel