Imsak
5.35
|
 Subuh
5.45
|
 Syuruk
7.03
|
Zohor
1.13
|
Asar
4.31
|
Maghrib
7.20
|
Isyak
8.31

Pembangunan

PENGENALAN

Diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah (Pegawai PTD Gred M48). Bahagian Pembangunan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (BPJ) sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pembangunan dan Pelaburan (BPP) di mana ianya melibatkan dua fungsi iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Fungsi Pembangunan adalah lebih kepada fungsi JAWI dan fungsi Pelaburan pula lebih kepada MAIWP.Pada 16 Mei 2007, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengasingkan entiti JAWI dan MAIWP di mana JAWI dikekalkan sebagai jabatan kerajaan dan MAIWP pula dinaiktaraf sebagai sebuah badan berkanun Persekutuan dimana semua Penjawat Awam MAIWP dilantik di dalam perkhidmatan tetap kerajaan.

 

FUNGSI

  • Merancang, memantau, menyelia kemajuan projek pembangunan yang melibatkan pembinaan bangunan institusi Islam seperti masjid, kuarters masjid, surau Jumaat, Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Tanah Perkuburan Islam (TPI) di mana semua projek ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  • Menguruskan hal ehwal pembangunan dan penyelenggaraan masjid, kuarters masjid, surau Jumaat, SRA dan TPI.
  • Menyediakan anggaran belanjawan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia 5 Tahun dan anggaran belanjawan pembangunan tahunan.
  • Menyelenggarakan sistem mekanikal, elektrikal dan sivil di semua bangunan Kompleks Pusat Islam yang menempatkan JAWI dan bangunan dan institusi di bawah iaitu Masjid, Kuarters Masjid, Surau Jumaat, SRA dan TPI JAWI termasuk Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL)

 

PIAGAM PELANGGAN

 

UNIT TEKNIKAL DAN SENGGARA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN JAWI

(KEJURUTERAAN AWAM/ ELEKTRIK/ MEKANIKAL)

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang berkualiti seperti berikut:

1.     Aduan kerosakan/ Pembaikan Masjid, Surau dan SRA akan disiasat dalam tempoh :

  • Kes Kecemasan: Bertindak dalam tempoh 3 jam.
  • Kes Kerosakan Biasa: Bertindak dalam tempoh 3 hari bekerja
  • Kes Kecemasan : Bertindak dalam tempoh 1 jam.
  • Kes Kerosakan Biasa: Bertindak dalam tempoh 24 jam.*

2.     Aduan kerosakan/ Pembaikan Kompleks Pusat Islam dan Masjid Wilayah Persekutuan akan disiasat dalam tempoh :

Tindakan selanjutnya bergantung kepada hasil siasatan.

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com