Uncategorised
Swasta / Umum
Program Peningkatan Syahsiah Pegawai Penguatkuasa WP Labuan dengan kerjasama BAKA IPD WP Labuan 2018
Pada 6 Mac 2018 (Selasa), Cawangan Penguatkuasaan JAWI Labuan telah mengadakan Program Peningkatan Syahsiah Pegawai Penguatkuasa WP Labuan. Program ini telah diadakan pada 6 Mac 2018 bertempat di Dewan Ibn Sina, IPD WP Labuan bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program seumpana ini dianjurkan dengan rasionalnya kepada para penguatkuasa supaya ia berupaya membentuk sahsiah diri ke arah yang lebih baik.
Program ini bukan sahaja untuk usaha memberi peningkatan diri dalam kerja seharian malah ia juga lebih mengutamakan tentang sahsiah diri dan pembentukan akhlak yang lebih baik. Program ini telah disertai oleh pegawai penguatkuasa dari beberapa buah agensi di seluruh Labuan iaitu Kementerian Kesihatan, AADK, BAKA IPD WP Labuan dan Perbadanan Labuan. Objektif utama program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan agar diri penguatkuasa lebih berkeyakinan dalam kerja seharian dan mencungkil kelebihan dan kelemahan diri individu untuk maju dalam pekerjaan serta memberi kesedaran kepada penjawat awam tentang peranan dan tanggungjawab yang seharusnya dipikul oleh seorang yang bergelar ‘government servant’.
Disediakan Oleh: Cawangan Penguatkuasaan, Labuan
|
e-Khutbah 2019
Bulan :
Disember 2019
Bulan :
November 2019
Bulan :
Oktober 2019
Bulan :
September 2019
Bulan :
Ogos 2019
Bulan :
Julai 2019
Bulan :
Jun 2019
Bulan :
Mei 2019
Bulan :
April 2019
Bulan :
Mac 2019
Bulan:
Februari 2019
Bulan:
Januari 2019
Ibrah Disebalik Peristiwa Nuzul Al-Quran
12 JUN 2017M /17 RAMADAN 1438H (ISNIN) – Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah (MJTAAS), Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur telah berjaya menganjurkan Ceramah Khas Sempena Nuzul Quran dengan bertemakan ibrah di sebalik peristiwa yang berlaku pada malam 17 Ramadan lebih 1400 yang lalu.
Majlis bermula dengan solat Isyak dan terawih yang diimamkan oleh Ustaz Ahmad Naeim Mohd Isa dan beliau terus menyampaikan ceramah seusai solat berkenaan. Dalam ceramah tersebut beliau telah menceritakan tentang sejarah turunnya al-Quran dan menekankan betapa perlunya al-Quran dijadikan panduan dan ikutan dalam kehidupan untuk menjadi seorang mukmin yang hebat.
Majlis ini dihadiri oleh lebih 500 orang jemaah setempat. Turut hadir adalah YM Tengku Dato’ Seri Mohd Hasmuddin bin Tengku Othman yang merupakan kerabat diraja Negeri Sembilan yang telah menaja jamuan berbuka puasa dan moreh pada malam berkenaan.
Disediakan oleh :
Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah (MJTAAS),
Kampung Sungai Penchala,
Kuala Lumpur.