05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:13
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

MAJLIS AMANAT PENGARAH JAWI BERSAMA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG29 (TETAP) LANTIKAN BARU 2020

MAPBPPDG291

03 Ogos 2020 I 13 Zulhijjah 1441H (Isnin) – Majlis Amanat Pengarah JAWI Bersama Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 (Tetap) Lantikan Baru 2020, telah diadakan pada 03 Ogos 2020 (Isnin) bermula jam 8.00 pagi di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

YBhg. Pengarah JAWI telah menyampaikan amanat beliau kepada 109 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 (Tetap) Lantikan Baru 2020 pada majlis tersebut. Lantikan tersebut melibatkan pecahan seramai 15 orang guru Bahasa Inggeris, 7 orang guru Bahasa Melayu, 7 orang guru Matematik, 4 orang guru Sains, 2 orang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan manakala 74 orang guru Pendidikan Islam. Guru-guru ini ditempatkan di 5 buah Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Antara pengisian majlis ini adalah Taklimat Pengurusan Sumber Manusia dan Taklimat Bahagian Pelajaran kepada semua guru yang terlibat.

Turut diadakan acara Bacaan Ikrar Aku Janji  Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 (Tetap) Lantikan Baru yang telah diketuai oleh En. Zulkifli bin Jamaluddin dengan disaksikan oleh Pengarah JAWI.

    

MAPBPPDG297 MAPBPPDG295  
MAPBPPDG293 MAPBPPDG298  
MAPBPPDG292 MAPBPPDG294  
MAPBPPDG296    
     
     

Disediakan Oleh:
Bahagian Pelajaran

 


Cetak   Emel