05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Program Peningkatan Syahsiah Pegawai Penguatkuasa WP Labuan dengan kerjasama BAKA IPD WP Labuan 2018

20180306 105101

Pada 6 Mac 2018 (Selasa), Cawangan Penguatkuasaan JAWI Labuan  telah mengadakan Program Peningkatan Syahsiah Pegawai Penguatkuasa WP Labuan. Program ini telah diadakan pada 6 Mac 2018 bertempat di Dewan Ibn Sina, IPD WP Labuan bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program seumpana ini dianjurkan dengan rasionalnya kepada para penguatkuasa supaya ia berupaya membentuk sahsiah diri ke arah yang lebih baik.

Program ini bukan sahaja untuk usaha memberi peningkatan diri dalam kerja seharian malah ia juga lebih mengutamakan tentang sahsiah diri dan pembentukan akhlak yang lebih baik. Program ini telah disertai oleh pegawai penguatkuasa dari beberapa buah agensi di seluruh Labuan iaitu Kementerian Kesihatan, AADK, BAKA IPD WP Labuan dan Perbadanan Labuan. Objektif utama program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan agar diri penguatkuasa lebih berkeyakinan dalam kerja seharian dan mencungkil kelebihan dan kelemahan diri individu untuk maju dalam pekerjaan serta memberi kesedaran kepada penjawat awam tentang peranan dan tanggungjawab yang seharusnya dipikul oleh seorang yang bergelar ‘government servant’.

IMG-20180306-WA0004 20180306 083449
20180306 083456 20180306 083502

Disediakan Oleh:

Cawangan Penguatkuasaan, 
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Labuan

 

 


Cetak   Emel