Terdapat ralat sambungan dengan API eSolat. Sila cuba sebentar lagi.

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

MyIslam

 

qrcodemyislam

 

KEMBALI KEPADA FITRAH ISLAM

Aplikasi MyIslam merupakan satu inisiatif baru Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI). Cetusan idea ini membuktikan usaha JAWI untuk membantu memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi seluruh  warga Wilayah-Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur,Putrajaya Dan Labuan).

Hadirnya aplikasi ini untuk membantu memudahkan urusan insan yang terbuka hatinya  kembali kepada fitrah Islam dan melaksanakan pengislamannya. Semoga sinar kedamaian diperolehi dalam menyelusuri fitrah Ilahi ini.

Caranya cukup mudah dan efektif. Dengan hanya mengimbas QR Code MyIslam menerusi telefon bimbit dan memenuhi segala garis panduan dan syarat-syarat yang ditetapkan sebelum mengisi borang permohonan.

QR Code  MyIslam boleh didapati di laman sesawang JAWI atau NGO yang terlibat dengan pengislaman serta di pejabat masjid-masjid  yang berada di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Manual penggunaannya juga ada disediakan.

Sebarang pertanyaan  lanjut dimohon menghubungi Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI di talian 03 22749333 atau boleh melayari  laman sesawang JAWI  menerusi www.jawi.gov.my

Manual Pengguna MyIslam [Muat turun]

 


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar