Kami berjanji akan menyediakan perkhidmatan penguatkuasaan Kesalahan Jenayah Syariah termasuk risikan dan siasatan yang berkesan dan menyeluruh serta profesional mengikut bidangkuasa yang diberikan oleh undang-undang:
- Bersedia menerima aduan kesalahan jenayah syariah 24 jam sehari.
- Memberikan perkhidmatan kaunter 24 jam sehari dengan mesra, cekap dan amanah.
- Membuat risikan ke atas aduan yang munasabah dalam masa 24 jam.
- Menjalankan operasi ke atas kesalahan boleh tangkap dalam masa 24 jam selepas menerima aduan.
- Menjalankan rondaan, pemantauan dan pencegahan setiap hari.
- Menjalankan siasatan bagi kesalahan jenayah syariah dalam tempoh 14 hari.
|