Klinik Keluarga 2/2012 ‘Membina Fitrah Anak’
Ini kerana segala perlakuan, perbuatan dan percakapan seharian ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak ini. Oleh itu, ibu bapa perlu memberikan pengajaran serta contoh teladan yang baik kepada “permata hati” mereka. Perunding motivasi yang juga merupakan personaliti televisyen, YBhg. Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin berkata, ibu bapa yang cemerlang mestilah memiliki keperibadian mulia untuk membimbing anak-anak mereka supaya anak-anak mereka juga mempunyai nilai-nilai positif tersebut. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peranan ibu bapa dalam mendidik anak secara soleh yang merupakan fokus utama diskusi program Klinik Keluarga kali ini. Klinik Keluarga bertemakan “Membina Fitrah Anak” itu dianjurkan oleh Brainy Bunch Islamic Montessori dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, di sini, pagi tadi. Program ini diadakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan pendidikan kanak-kanak mengikut perspektif Islam di samping memberi kefahaman kepada ibubapa mengenai psikologi perkembangan kanak-kanak. Klinik Keluarga berkenaan dikendalikan oleh YBhg. Ustaz Muhidin Bin Mokter, Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) dan turut menampilkan YBhg. Ustazah Isfadiah Binti Mohd. Dasuki, juri Program Realiti TV Al-Hijrah Solehah sebagai panel jemputan. Hadir sama di program tersebut ialah YBhg. Encik Mohd Fadzil Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Brainy Bunch Islamic Montessori serta YBhg. Ustazah Azizah Che Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Foto oleh: Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria Teks oleh: Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan |
Jumlah paparan: 5737