05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:00
Zohor
16:19
Asar
18:59
Maghrib
20:10
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PENGURUSAN IBADAH PESAKIT SIRI 2 TAHUN 2024 DI HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ UKM (HCTM)

451640489 875541564389686 8205723712216464296 n

 

17 JULAI 2024M | 11 MUHARRAM 1446H (RABU) - Seramai 50 orang anggota perubatan HCTM telah menyertai Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit Siri 2/2024 anjuran Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dengan kerjasama HCTM dan Masjid Al-Najihin Bandar Sri Permaisuri.

Kursus ini telah berlangsung di Dewan Kuliah 1, Blok Pra Klinikal, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Objektif utama penganjuran kursus ialah untuk memberi kefahaman dan kemahiran kepada anggota perubatan dalam usaha membimbing para pesakit dan ahli keluarga tentang cara serta kaedah pelaksanaan ibadah bagi orang sakit. Kursus ini adalah sebagai salah satu usaha ke arah merealisasikan konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI).

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Turut hadir pada majlis tersebut, YBrs. Dr. Abu Dardaa bin Mohamad, Timbalan Pengarah I, Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Semoga dengan penganjuran kursus ini dapat membantu merealisasikan konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) di samping memperkukuhkan kerjasama di antara JAWI dan HCTM .

 

451312159 875541451056364 3989326439217780782 n 451510608 875541587723017 7866600746609729145 n
451512224 875541557723020 1997935216575301772 n 451314764 875541464389696 9001908794243485966 n
451662024 875541611056348 7128165216721637508 n 451352352 875541514389691 8114868686289465962 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar