05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR PENERAPAN ETIKA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF ISLAM TAHUN 2024

449855744 868055025138340 5957825346822202650 n

 

3 JULAI 2024M | 26 ZULHIJAH 1445H (RABU) - Telah berlangsung Program Seminar Penerapan Etika Penggunaan Media Sosial Menurut Perspektif Islam anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (JPWPKL) bertempat di Auditorium Tan Sri Rafie (JPWPKL).

Antara objektif penganjuran seminar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada penjawat awam tentang pentingnya etika dalam penggunaan media sosial supaya dimanfaatkan penggunaannya secara berhemat. Ini kerana, media sosial kini telah menjadi trend dan merupakan saluran utama untuk menyampaikan pelbagai info sama ada yang rasmi atau sebaliknya.

Seramai 200 orang peserta yang terdiri dari guru-guru sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menyertai seminar ini. Pengisian sesi ceramah Slot 1 bertajuk “Media Sosial: Adab, Trend dan Viral” telah disampaikan oleh Pendakwah Bebas, Dai Nor Adibah binti Rozain dan slot 2 oleh Ustaz Mohd Firdaus bin Shurkan, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menyentuh aspek berkaitan “Etika Penggunaan Media Sosial Menurut Perspektif Islam”.
Semoga seminar ini dapat membuka minda para peserta dan seterusnya dapat membantu untuk menjadikan media sosial sebagai tempat perbincangan yang membina serta dijadikan medium untuk mendapatkan info, pandangan serta bertukar-tukar idea yang boleh menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan terbaik dalam kehidupan bermasyarakat masyarakat.

 

 

449850720 868055198471656 7974241081791200436 n 449857768 868055171804992 7273295324880523574 n
449853038 868055008471675 4911318543188300297 n 449861157 868055285138314 7327334056173140377 n
449847332 868055218471654 5073987449953964131 n 449853878 868055235138319 3357896570264815918 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel