05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KUNJUNGAN HORMAT PUSAT BANTUAN GUAMAN MAJLIS PEGUAM KUALA LUMPUR KE JAWI

1

9 Julai 2024  I  3 Muharam 1446H (Selasa) - Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam Kuala Lumpur (PBGKL) bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 3, BPPK, JAWI, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Delegasi PBGKL diketuai oleh Encik Zulsyahmi Husaini bin Kamarulzaman, Ketua Projek Syariah PBGKL dan turut disertai oleh Encik Jeevanathan Angappan, Puan Sumitra Veerian dan Puan Nadiah binti Abdul Rahim. Kunjungan ini diadakan bagi membincangkan kerjasama dua hala antara PBGKL dan JAWI di samping memberi pendedahan mengenai perkhidmatan guaman yang disediakan oleh PBGKL.

Kehadiran delegasi telah disambut baik oleh Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (KPNCR) Wilayah Persekutuan. Turut sama, Puan Warda binti Misnon, Ketua Penolong Pengarah BPPK, Puan Hasyidah binti Mohd Noor, Ketua Cawangan Rundingcara dan Pembangunan Keluarga Islam BPPK serta Puan Mas Fadzlina binti Mohd Azali, Ketua Cawangan Pentadbiran dan Kewangan BPPK.

Melalui perbincangan dan perkongsian maklumat diharap dapat membantu delegasi dalam urusan khidmat nasihat serta memberi panduan dalam hal-hal berkaitan Undang-Undang Syariah bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan guaman kepada orang awam. Diharap hasil kunjungan ini juga dapat mewujudkan jalinan kerjasama strategik antara JAWI dan PBGKL pada masa-masa akan datang.

2 3
4 5
6 7

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel