05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM PERKHIDMATAN AWAM SIRI 2/2024

PNI1

 

13 Jun 2024M | 06 Zulhijjah 1445H (KHAMIS) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Program Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Perkhidmatan Awam Siri 2/ 2024 kepada kakitangan agensi dan jabatan kerajaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertempat di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur.


Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap nilai-nilai murni agama Islam dalam perkhidmatan bagi melahirkan anggota perkhidmatan awam mempunyai kekuatan spiritual, intelektual dan emosi yang seimbang.


Program ini diserikan dengan kehadiran 2 orang penceramah yang berwibawa bagi mengisi 2 slot ceramah iaitu YBrs. Ustaz Rosli Bin Daud, Pegawai Hal Ehwal Islam dari Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Beliau mengupas tajuk : "Kerja Sebagai Ibadah", dan Slot ke-2 pula oleh YBrs. Ustaz Radihan Bin Saari, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kajian Akidah, Bahagian Penyelidikan JAKIM. Beliau membicarakan tajuk, "Pencemaran Aqidah Penghalang Kecemerlangan Organisasi".
Semoga dengan pengisian ceramah pada kali ini akan membuahkan hasil yang terbaik dikalangan para peserta yang hadir.

 

 

PNI2 PNI3
PNI4 PNI5
PNI6 PNI7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel