05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

REMAJA HEBAT, JAUHI MAKSIAT SEBELUM MELARAT

RH1

 

12 Jun 2024M | 05 Zulhijjah 1445H (RABU) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan dan Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum, USIM telah menganjurkan Program Smart Solat Remaja Harapan kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak Kuala Lumpur yang terdiri daripada 116 pelajar OKU Penglihatan.


JAWI memilih untuk menyantuni remaja OKU Penglihatan dengan menfokuskan kepada isu gaya hidup bebas yang kian membarah dan cukup membimbangkan dalam kalangan generasi masa hadapan negara. Menyedari bahawa aspek keagamaan merupakan elemen penting dalam usaha mengekang masalah sosial yang kian rumit, maka pemerkasaan kefahaman agama Islam khususnya berkaitan rukun Islam yang ke-2 iaitu solat perlu diberikan perhatian utama.


Melalui slot pertama, para peserta diberi pendedahan berkaitan amalan gaya hidup bebas menerusi diskusi bertajuk "Remaja Hebat, Jauhi Maksiat Sebelum Melarat" yang telah dikupas oleh Ustaz Firdauz bin Mohd Syurkan, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAKIM dan Dr. Danial Izzat bin Minhat, Ketua Unit HIV/AIDS/STI & HEP C, Pejabat Kesihatan Daerah Lembah Pantai.Memetik kupasan perbincangan barisan ahli panel, saban hari, gaya hidup bebas, fenomena Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender (LGBT) semakin ketara dan mula terbuka di negara kita. Konsep 'Segalanya di hujung jari' hari ini perlu diakui telah memberi kesan negatif kepada golongan remaja. Tidak hanya memudahkan generasi ini mendapatkan info dan ilmu-ilmu dengan mudah bahkan menjadi satu medan yang juga membawa pengaruh besar ke arah tersebarnya gejala sosial yang semakin hari kian meruncing.


Statistik terbaru menunjukkan golongan homoseksual dan biseksual menjadi kumpulan penyumbang utama penyebaran virus HIV dan AIDS. Menerusi Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sektor HIV/Penyakit Jangkitan Kelamin (STI) Bahagian Kawalan Penyakit 2017 telah menunjukkan bahawa 54% penghidap HIV adalah dalam kalangan lelaki yang kebanyakannya adalah berpunca daripada hubungan sejenis. Dalam Al-Quran, Allah telah merakamkan kisah kaum Nabi Lut AS yang telah dimusnahkan akibat kemurkaan Allah terhadap penglibatan mereka dalam perbuatan hubungan sejenis sesama lelaki.


Slot seterusnya diteruskan dengan sesi tahsin solat. Para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil bersama fasilitator-fasilitator daripada Fakulti Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah, USIM. Menerusi slot ini, para peserta dapat memperkasa kefahaman serta pengetahuan bukan sahaja tentang bacaan-bacaan dalam solat, malah mereka dibimbing dengan cukup teliti tentang kaedah dan pergerakan yang betul dalam solat.


Semoga usaha dakwah ini mampu memberi manfaat kepada para peserta untuk terus menghayati nilai Islam dalam kehidupan sekaligus mendapat pendedahan yang jitu tentang impak negatif dari sudut agama dan kesihatan sekiranya amalan gaya hidup bebas atau hubungan sesama jantina ini dinormalisasikan yang jelasnya melampaui batas syarak.

 

 

RH2 RH3
RH4 RH5
RH6 RH7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel