05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM PEMANTAPAN SOLAT & KLINIK AL-FATIHAH DI MASJID AL-ZAKIRIN, KUALA LUMPUR

PPS1

 

12 Jun 2024 | 05 Zulhijjah 1445H - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia(LKPIM), Pejabat Pendidikan Daerah Sentul WPKL dan Masjid Al-Zakirin Taman Wilayah Selayang Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Pemantapan Solat & Klinik Al-Fatihah bertempat di Masjid Al-Zakirin Taman Wilayah Selayang, Kuala Lumpur.


Kehadiran seramai 200 orang pelajar bersama guru pengiring dari 55 buah Sekolah Kebangsaan telah menghadiri program ini. Turut hadir pada program tersebut ialah YBrs Tuan Haji Ab Rahman bin Haji Ab Hamid, Pengerusi Masjid Al Zakirin, Ustaz Mohammad Mukhlis bin Rahim Penolong Pengarah Unit NGO Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, YBhg Puan Sri Hajjah Hanifat binti Harun, Pengerusi LKPIM WPKL, Encik Mohd Shabri Ismail, Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Sentul, Haji Kamarudin, Pengerusi Majlis Persatuan Penduduk Taman Wilayah Selayang Parliman Batu dan Puan Salina Othman, Pengerusi Pergerakan Puteri Islam Malaysia WPKL.


Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YBrs. Tuan Haji Ab Rahman bin Haji Ab Hamid Pengerusi Masjid Al Zakirin. Program diteruskan dengan slot pertama yang disampaikan oleh Dai'e Mad Fuad bin Mohamad Mokhtar berkaitan dengan Pemantapan Solat dan slot kedua oleh Puan Rosnani / Puan Rohina Hamid bersama pembimbing-pembimbing Klinik Fatihah.


Program ini mendapat sambutan di kalangan pelajar-pelajar khusus sebagai pemantapan dan memenuhi ilmu pengetahuan berkaitan ibadah solat dan bacaan Surah Al-Fatihah dengan baik.

 

 

PPS2 PPS3
PPS4 PPS5
PPS6 PPS7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel