05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS TAFAQQUH MUNAKAHAT

Tafaqquh 1

6 Jun 2024 | 28 Zulkaedah 1445H (Khamis) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah menganjurkan Kelas Tafaqquh Munakahat Siri 1/2024 kepada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan  bertempat di Dewan Syarahan, Masjid Negara, Kuala Lumpur bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Program pengajian kali ini membincangkan tajuk "Isu-isu Hadhanah Hak-hak Penjagaan Anak" yang disampaikan oleh YBhg.Dr Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir, Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman dan pendedahan kepada peserta mengenai Hadhanah Hak Penjagaan Anak Menurut Perspektif Syarak serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya menurut Mazhab Imam Syafii.

Seramai 80 Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) telah menghadiri program ini.

Turut hadir YBhg. Ustaz Mohd Nizam bin Mohd Nor  Penolong Pengarah Kanan BPPK JAWI merangkap Ketua Cawangan Nikah Cerai dan Ruju’, BPPK JAWI.

Tafaqquh copy 2 Tafaqquh copy
Tafaqhuh 4 Tafaqquh 5

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel