05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KIFA MEDAN ILMU BAGI MUALAF YANG BAHARU MENDALAMI ASAS WUDUK DAN SOLAT

KIFA 1

 

8 Jun 2024 | 1 Zulhijjah 1445H (SABTU) - Kursus Intensif Fardu Ain bagi Mualaf siri 4/2024 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat Di Dewan Serbaguna Masjid Al Firdaus, Segambut Luar Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, kehadiran 36 peserta mualaf baharu bersama pengiring dari kalangan keluarga dan pasangan berjaya menarik minat dan respon yang positif serta komitmen yang ditunjukkan amat baik. Perkongsian sesi slot ceramah yanh di sampaikan oleh Tuan Ir Mohd Azhar Helmi Soo, Pengasas Pertubuhan Islam Bersatu Kuala Lumpur dan Ustaz Adam bin And Rashid, Naqib Masjid Amaniah, Kepong amat berkesan dan jitu. Sesi komunikasi secara dua hala antara penceramah bersama peserta amat aktif dengan pelbagai soalan dan jawapan serta pengalaman dari kedua-dua penceramah dalam hal ehwal kebajikan dan pengajian mualaf di Malaysia amat bermanfaat buat peserta.

Seusai solat Zohor, sesi amali dan praktikal di dalam kumpulan yang menumpukan kepada ibadah wuduk dan solat telah dikendalikan oleh fasilitator yang diundang khas dari bahagian Pengurusan Masjid dan Dakwah JAWI telah berjaya dilaksanakan. Subhanallah, komitmen dan fokus yang diberikan oleh para peserta menunjukkan semangat dan kesungguhan yang hebat untuk terus memahami aspek ibadah yang asas di dalam Islam.

Kehadiran Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan, Al Fadhil Ustaz Mohd Sahirman bin Ahmad pada sesi penutup kursus memberikan input dan kata-kata ransangan kepada para peserta mualaf untuk meneruskan sesi pembelajaran pada kelas-kelas harian yang disediakan oleh JAWI mahupun NGO Mualaf kepada mualaf baharu dan lama agar ianya terus menjadi pemangkin kepada mualaf menuntut ilmu asas dengan baik dan sempurna. Kursus seterusnya kita akan laksanakan dalam bahasa inggeris pada 29 Jun 2024 akan datang.

 

 

KIFA 2 KIFA 3
KIFA 4 KIFA 5
KIFA 6 KIFA 7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel