05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:16
Zohor
16:42
Asar
19:25
Maghrib
20:41
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEHARI BERSAMA PENDUDUK PPR BATU MUDA

PPR1

 

1 Jun 2024 | 23 Zulkaedah 1445H (SABTU) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) dan Persatuan Penduduk telah menganjurkan Program Prihatin PPR bertempat di PPR Batu Muda, Kuala Lumpur.


Program dakwah bersama komuniti setempat pada kali ini memfokuskan kepada tanggungjawab dalam rumahtangga dengan perkongsian ilmu daripada dua orang panel yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Suhaimi bin Ahmad Wakid, Pendaftar Nikah, Cerai & Rujuk Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor bersama Ustazah Nazirah binti Abu Bakar, Pegawai Hal Ehwal Islam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membicarakan topik: "Kunci Bahagia, Suami Peduli atau Isteri Mithali?".


Memetik kupasan perbincangan ahli panel, perkahwinan yang bahagia sehingga ke syurga pastilah menjadi dambaan yang dalamnya dipenuhi tanggungjawab dan pengorbanan. Lelaki merupakan individu penting yang berperanan sebagai suami, bapa atau datuk yang akhirnya semuanya dapat ditafsirkan sebagai ketua kepada sebuah keluarga. Dalam Islam, seorang suami selaku pemimpin harus berusaha keras menunaikan hak dan kewajiban nafkah kepada keluarganya. Dalam memikul dan melaksanakannya, para suami hendaklah memainkan peranan sebagai pencari nafkah, pelindung, pemimpin, dan pendidik untuk isteri dan anak-anak.


Begitu juga dengan tanggungjawab seorang isteri, di dalam sesebuah rumahtangga tanggungjawab tidak hanya tertumpu kepada tugas sang suami. Tanggungjawab ini dikongsi bersama wanita dan kedua-duanya mempunyai peranan yang sama penting di dalam sebuah institusi kekeluargaan. Isteri juga merupakan aset terbesar dalam sesebuah rumahtangga untuk menjamin kebahagiaan.


Slot steterusnya, para peserta dihidangkan dengan perbincangan bertajuk "Rezeki Berkat". Ia cukup menyentak jiwa disaat penceramah memberi pesan bahawa rezeki yang berkat bukanlah tentang banyaknya duit atau gaji yang diperoleh, tapi tentang sejauh mana rezeki itu mampu menjadikan kita syukur malah merasa cukup dengan apa yang dikurnia-Nya dan sejauh mana apa yang kita ada mampu memberi manfaat kepada mereka yang tidak punya apa-apa.


Tidak hanya berfokus kepada pengisian rohani dalam menyantuni penduduk, program berkonsepkan mini karnival ini juga menyajikan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur antaranya saringan kesihatan secara percuma, pengagihan bakul rezeki, kaunter bergerak PPZ, gerai jualan daripada penduduk PPR sekaligus menjana pendapatan penduduk, sukaneka dan pelbagai lagi reruai menarik daripada rakan-rakan strategik.


Program seumpama ini adalah salah satu medium dakwah dalam memperkasa kefahaman Islam sekaligus merapatkan ukhuwah dalam kalangan penduduk dan jalinan kerjasama JAWI bersama Rakan Strategik.

 

 

PPR2 PPR3
PPR4 PPR5
6 7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel