05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:16
Zohor
16:42
Asar
19:25
Maghrib
20:41
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL PEMURNIAN MANUAL PROSEDUR TAULIAH PENYEMBELIH DAN SERTU

WhatsApp Image 2024 05 24 at 11.15.53 AM

23 MEI 2024 | 14 ZULKAEDAH 1445 (KHAMIS)

Bagi memastikan pengurusan halal di Wilayah-Wilayah Persekutuan khususnya melibatkan tauliah penyembelih dan sertu lebih sistematik, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengambil inisiatif mengadakan Bengkel Pemurnian Manual Prosedur Permohonan Tauliah Penyembelih dan Manual Prosedur Permohonan, Pelaksanaan dan Pengerluaran Surat Pengesahan Sertu di Wilayah-Wilayah Persekutuan yang bertempat di Sani Hotel Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bengkel Pemurnian ini adalah bertujuan untuk mengemaskini dan menambahbaik kandungan manual prosedur selaras dengan permintaan dan kesesuaian di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Sesi pemurnian manual prosedur ini dibimbing oleh Encik Shahriman bin Alipitchay dari Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Encik Ahmad Solihin bin Maryakon @ Haji Mohd Yusof dari Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Selangor.

WhatsApp Image 2024 05 24 at 11.16.40 AM WhatsApp Image 2024 05 24 at 11.16.17 AM
WhatsApp Image 2024 05 24 at 11.15.20 AM WhatsApp Image 2024 05 24 at 11.15.28 AM

 

Disediakan oleh

Cawangan Pengurusan Halal

Bahagian Penyelidikan

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel