Terdapat ralat sambungan dengan API eSolat. Sila cuba sebentar lagi.

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PENGURUSAN IBADAH PESAKIT SIRI 1 TAHUN 2024 DI HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL)

KPIP1

 

15 Mei 2024 (RABU) | 6 Zulkaedah 1445H - Seramai 70 orang anggota perubatan HKL telah menyertai Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit anjuran Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dengan kerjasama Hospital Kuala Lumpur.


Slot ceramah sesi pagi kursus ini telah berlangsung di Auditorium Dermatologi, Bangunan Pentadbiran & Kewangan HKL. Manakala slot ceramah sesi petang telah berlangsung di Bilik Seminar 2 & 3 Institut Urologi dan Nefrologi HKL. Objektif utama penganjuran kursus ialah untuk memberi kefahaman dan kemahiran kepada anggota perubatan dalam usaha membimbing para pesakit tentang cara serta kaedah pelaksanaan ibadah bagi orang sakit.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Turut hadir pada majlis tersebut, YBrs. Dr. Marina binti Abdullah Sani, Timbalan Pengarah (Perubatan) II Hospital Kuala Lumpur.


Semoga dengan penganjuran kursus ini dapat membantu merealisasikan konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) di samping memperkukuhkan kerjasama di antara JAWI dan HKL .

 

 

KPIP2 KPIP3
KPIP4 KPIP5
KPIP6 KPIP7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar