05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR PEMANTAPAN IBADAH “PERBAIKI SOLATKU” TAHUN 2024

SPI1

 

30 April 2024M | 21 Syawal 1445H (SELASA) - Alhamdulillah, JAWI menerusi Cawangan Kebajikan Saudara Baru (CKSB), Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama pihak pengurusan Masjid Al Imam Al Ghazali, Bandar Menjalara telah mengadakan Seminar Pemantapan Ibadah “Perbaiki Solatku” Siri 2/2024 bertempat di Dewan Al Ghazali, Masjid Al Imam Al Ghazali, Bandar Menjalara, Kepong, Kuala Lumpur.


Seminar ini bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan khususnya berkaitan solat dengan lebih terperinci kepada para mualaf. Alhamdulillah, seminar ini telah dihadiri seramai 40 peserta mualaf daripada pelbagai latar belakang. Perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan pemantapan solat telah diberikan oleh Ustaz Muhammad Jais Mariappan Abdullah, Pegawai Dakwah, PERKIM Kebangsaan.


Malahan sesi latihan dalam kumpulan jua berlangsung pada akhir slot ceramah. Secara langsung, ia memberikan ruang dan peluang kepada para peserta untuk mengendalikan pembentangan kumpulan berdasarkan kefahaman yang diperolehi sepanjang sesi ceramah dilaksanakan. Komitmen dari para peserta amat memuaskan dan seminar ditangguhkan dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah.


Semoga seminar ini dapat mengukuhkan ibadah para mualaf khususnya ibadah solat dan umumnya akidah Islamiah sebagai usaha dan langkah untuk melahirkan mualaf yang berkualiti. Kita bertemu lagi dalam Siri 3/2024 nanti.

 

 

SPI2 SPI3
SPI4 SPI5
SPI6 SPI7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel